Laki Z janji nak belanja makan tapi hari kejadian tuan badan entah kemana. Sembang kaya raya tapi habuk je nampak

Aku nak cerita ni, cerita daripada kawan aku. Kisah kawan aku.

Z kenal dengan laki ni dalam setahun lebih. Yang paling aku hairan, masa dia kenal dengan laki tu, dia cakap dia selesa berkawan je. Tapi lama lama tu, aku pelik aku nampak Z dengan laki tu makin akrab macam couple dah la.

Z cakap dia macam kesian dengan laki tu, laki tu cakap dia selalu sakit sakit. Kalau tak keluar dengan dia, laki tu pandai, pandai guna ayat ayat simpati,

“Saya dah nak mati, jangan menyesal kalau tak dapat jumpa saya.”

Bagi aku, benda tu helah dia. Entah la, aku tengok Z macam dah terbuai dengan mainan kata-kata dia. Tapi lama-lama, dalam setahun mereka berkenalan.

Seterusnya, dia cakap dia jual emas dan ada kedai. Apalagi mak Z yang dah memang lama nak tukar design rantai mak dia, terus percayakan pada laki tu.

Z dah bagitau awal awal yang emas, barang berharga.. Kalau jadi apa apa nanti macam mana? Baik hantar kat kedai yang memang ternyata ada berbanding dengar daripada mulut yang entah la,

nak sedapkan resume untuk jadi menantu pilihan agaknya. Rantai mak Z boleh tahan r berat, tapi yang paling sedih..

apa yang dihajati oleh mak Z tak seperti yang diingginkan. Berdasarkan Z cerita, rantai tu berat, tapi bila ditukarkan ringan.. serius ringan.

Macam itu bukan berat sebenarnya. Pada masa tu, mak Z bagi jugak beberapa cincin emas dan subang untuk bagi dekat Z dan adik Z. Tapi yang dapat hanya rantai tu je.

Z perasan akan sesuatu, bila setiap kali dia bercerita apa-apa dekat salah seorang keluarga laki tu,

semua orang akan bercakap benda yang sama termasuk laki tu dan tak semuanya jelas *detail.. Time tu, aku hanya pandang je Z di sudut bilik, aku nampak dia menangis teresak-esak.

Ketiga-tiga orang yang dia mesej tu adalah laki tu. Motif apa ko buat macam tu?Laki tu cakap rumah dia besar.

Orang kaya kampung tu. Keluarga Z pun bukan calang-calang orang tapi laki tu tak pernah tahu pasal tu. Mak ayah Z buat keputusan nak pergi cari rumah laki tu.

Sebab laki tu bercerita punya hebat woo. Pastu, Z telefon laki tu tanya mana rumah dia, nak tau alasan apa plak dia bagi?

Entah la mungkin membongak lagi. Z sendiri pernah bantu dia dari segi kewangan dalam 1k. Tapi bila memandangkan jadi macam ni,

dia niatkan sedekah dan berharap agar perempuan lain tak terkena macam dia terkena. Dan soal emas mak Z,

dulu Z masih lagi menunggu khabar tentang emas semua tu sebab tu hadiah nenek dia kepada mak Z. Tapi daripada menabur harapan palsu,

Z buat keputusan tak nak lagi menunggu.. tapi dia sedih sebab tu harta nenek dia, hadiah kepada mak. Kalau ye pun nak balas dendam, give and take.

Tau ko pun ade buat pengorbanan, tapi Z pun sama. Harta mak Z pun nak amik.

Apa jadi dengan Z?

Entahla, dia takut dengan laki.
Dia cakap tak sabar nak kerja nak ganti barang mak.