Jodoh aku Duda anak dua. Ku sangka aku isteri pertama rupanye aku dikata perampas pulak

Aku baru berkahwin. Umur 25 tahun. Aku kenal suami sebulan sahaja sebelum ambil keputusan untuk berkahwin. Aku yakin sangat selepas aku kenal dia sebab semua urusan menjadi mudah, waktu terima dia pun aku rasa tenang je.

Bila dia proposed aku pon aku automatic jadi lapang dada terima dia. Sesuatu yang pelik bagi diri aku sebab aku susah nak suka lelaki. Walaupun aku kategori ramai peminat.

Ada je yang mintak couple, yang tak pernah serik msg dan Pm dlm facebook. Tapi aku x pernah layan. Tapi dgn dia ni, bila dia proposed aku selepas sebulan kenal aku terus setuju.

Dorang cakap dorang ingat bakal suami aku ni dah bagitahu. Aku makin stress dengan persiapan kahwin dan masalah ni. Malam tu aku solat hajat, solat taubat, tenangkan hati atas tikar sejadah.

Esoknya Alhamdulillah aku lebih tenang dan aku bagitau family aku yang aku redha. Sekurang-kurangnya nanti kalau dia nak rujuk dengan suami aku balik kira aku first wife la kan? Pemikiran aku pada waktu tu. Haha then the wedding continue.

Selepas kahwin suami memang duduk jauh dari aku sebab dia kerja kat selatan. Aku pulak stay kat KL dengan family. Dia akan balik setiap hujung minggu.

Tapi makin lama makin sikit masa dia spent dengan aku. Balik every 2 weeks, then 3 weeks. Kadang-kadang sebulan sekali baru nampak muka. Ada juga masanya dia block aku dari call dia.

Allahuakbar waktu tu beribu benda buruk aku fikirkan. Akhirnya tembelang pecah bila satu hari ada perempuan call dan tanya aku kenapa aku kahwin dengan suami dia. Dunia rasa nak kiamat.

Sebab dia dah kahwin 6 tahun dan rumahtangga dorang memang sentiasa dalam masalah. Tak pernah bahagia.

Elok pun sehari dua je lepas tu gaduh besar balik. Dia kata sejak dia kahwin dengan aku, barulah dia faham erti kebahagiaan rumah tangga. Aku tanya dia, apa akan jadi in the future.

Macamana dia nak bahagikan masa. Macamana kehidupan kami nanti. Sampai bila aku di sini dia disana.

Aku nak punya keluarga, hidup dalam sebuah rumah, tunggu dia balik kerja and have a family. Macam orang lain.

Dia suruh aku sabar. Ye, buat masa ni aku masih sabar. Tapi bila jadi macam ni, dugaan tu sentiasa ada.

Dia masih bertahan sebab berharap perempuan tu sedar. Kadang-kadang aku rasa macam dia kahwin dengN akku sebab dia saja nak cari tempat bila dia kecewa dgn first wife.

Macam aku ni backup plan dia. Dia kahwin dgn aku sbb nak jeleskan first wife. Tapi bila aku cakap macam tu kat dia, dia tak mengaku. Dia kata dia demi Allah sayang kat aku.

Dia sayang aku dan first wife dia sama rata. Tapi kenapa, bila dia disana semua hubungan dengan aku diputuskan.

Block all communication. Aku bila rindu terpaksa email dia. Gambar-gambar aku pun tak ada dalam gallery phone dia. Cuma ada gambar anak-anak dia dan satu dua gambar isteri dia.

Aku curi tengok phone dia wKtu dia Tidur. Gambar aku ada tapi dalam folder yang di lock. Private. Bila aku tny, jawapan dia sebab pernah first wife dia nampak gambar kahwin aku dengan dia dan first wife dia nak bunuh diri tepan racun. Dia takut benda macam tu berulang lagi.

First wife husband aku memang tak sebulu dan masuk dengan family husband. Dulu okay. Tapi lama-lama wife dia makin tak suka.

In fact larang husband aku dari selalu contact dengan family dia. Aku marah dengan family dia sebab kenape perlu menipu.

Aku sayang dorang macam family aku sendiri, aku rasa betrayed tapi apa aku boleh buat. Family aku? Sampai sekarang dorang tak tahu pasal ni.

Yang dorang tahu, husband aku duda anak dua. Kami memang pasangan bahagia dimata family aku. Aku pun tak sanggup nak bagitau parents aku sebab aku tak nak dorang sedih sebab aku. Adik beradik? Ntah la. I’m just not ready to make them sad.

Sekarang aku masih bertahan, tak tahu sampai bila. Aku distract diri aku dari masalah ni dengan sibukkan diri bekerja. Pergi jalan-jalan. Bercuti kadang2.

Buat isteri pertama, kamu selamanya extra special. Buat yang kedua, kamu kena kuat dan sabar sebab jika itu pilihan datangkanlah ia dengan kekuatan.

Tapi jika itu satu takdir dan suratan tanpa kemahuan, hiasi lah ia dengan hati yang sabar dan tenang.

Allah sajalah tempat mengadu kini. Kadang aku buntu, apa keputusan yang paling baik untuk masa hadapan. Sebab sekarang semuanya masih samar tanpa hala tujuan.

Wassalam