Aku ada mak tiri tapi tak pernah layan aku macam anak. Apa ayah buat pada aku mesti dia buat muka and perli2

Harini hati aku tetiba rasa tergerak hati nak share kisah hidup aku. First sekali aku nak cakap kepada yg masih ada mak dan ayah bersyukurlah sebab korang tak taw betapa sedih bila tiada salah sorang mak or ayh or kedua2 sekali.

Aku dah tiada mak sejak umur aku 2 tahun lagi . Aku duduk dengan tok and tokwan aku sejak mak aku dah takda , diorang la yang jaga aku sejak kecik lagi, uruskan aku.

Rumah tok aku ngan ayah aku dekat je sebelah2 tapi aku tak tinggal sekali dgn ayh and mak tiri aku.

Ayah aku kawen lain time aku umur 6 tahun. Ayah aku ada 4 org anak hasil dari perkahwinan dgn mak tiri aku. Aku still study.

Ada mak tiri mungkin tak sama macam mak kandung . Kadang2 aku sedih menangis sendiri sebab tengok org lain ada mak , boleh pelok mak , tapi aku tak pernah rasa semua tu .

Kadang aku terasa tapi aku diamkan je ha. Banyak benda aku pendam sendiri. Tiap2 tahun kalau anak2 dia mesti belikan baju sekolah baru,

kalau aku dulu pakai je baju tu ha tak pun tok aku yang belikan semua. Aku bukan lah sedih sebab tak dapat apa yang aku nak cuma sedih sebab tak dapat kasih sayang ayah macam mana dia layan anak-anak dia sekarang.

Ayah aku macam tak amek taw pun pasal aku dulu. Mungkin sebab aku tak duduk sekali dengan dia.

Bila aku dah makin besar , ayah aku dah start macam nak rapat dengan aku and amek taw pasal aku. Kalau dulu semua tok dengan tokwan aku yang uruskan.

Sambung balik pasal mak tiri aku, sebenarnya aku banyak terasa hati dengan mak tiri aku. Sebab perangai dia agak menyakitkan hati.

Ada jugak kalau ikot p beli barang sekali ngan diorang , mak tiri aku tak pernah layan aku macam anak2 dia . Selalu bila aku ikot , macam aku tak wujud pun, diam macam orang asing.

Aku pun taktaw kenapa even menyakitkan hati aku still nak keluar dengan diorang kalau ayah aku ajak.

Pernah jugak terlintas dalam hati , entah-entah ayah aku je beriya ajak keluar sekali , padahal mak tiri aku tak suka pun aku ada sekali.

And macam biasalah mak tiri aku mesti lebihkan anak-anak dia , tak pernah pun tanya aku nak beli apa pun ,dia anggap aku nie macam tak wujud je.

Mak tiri aku akan lebih beli barang ke anak-anak dia je haa. Actually banyak lagi benda-benda yg menyakitkan hati tapi biarlah aku pendam and tuhan saja yg tahu.

Aku tak salahkan ayah aku sebab aku taw dia sebenarnya nak jaga hati mak tiri aku sebab dia lagi taw perangai bini dia macam mana and sebab tu dia selalu ikotkan mak tiri aku je.

Walaupun mak tiri aku tu perangai macam tu , aku seboleh2 nya tak pernah cerita kat kawan-kawan or sesiapa pasal perangai dia tu.

Aku selalu pikir positif pasal dia and harap dia berubah. Adalah jugak time aku tak tahan aku pernah lah jugak mengadu kat tok aku sambil nangis-nangis.

Sekarang aku dah masok 20an , and anak2 dia pun dah besar , ada yg dah masok sekolah menengah pun.

Doakan aku terus kuat dan kuat dalam hidup ini . Pada yang masih ada mak dan ayah , hargailah diorang sementara masih ada. Sebab bila diorang dah takda , kasih sayang dari diorang tu la yg kita rindukan.