Semakin dewasa aku jadi semakin pendiam. Betul rupanye, orang yang banyak ketawa tu sebenarnye orang yang sedih

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada mulanya, aku ni bukanlah pendiam sangat. Still bercakap dengan kawan2, sampailah aku makin meningkat dewasa aku jadi semakin pendiam. Dan sejak aku jadi pendiam ni lah, aku start habiskan masa baca luahan kat page ni.

Masa tunggu lecturer masuk, aku baca. Kat public, aku baca. Aku boring, aku baca. Kira macam handphone dengan aku ni berpisah tiada lah.

Tapi tak berpisah bukan sebab text pakwe ke ape, tapi sebab aku baca confession kat page ni lah. Dan bila aku baca confession2 kat sini, baru aku tahu yang sebenarnya ada orang yang jauh lagi tak bernasib dari aku.

Terima kasih sebab confession korang, aku belajar untuk lebih bersyukur.

okaylah, aku nak balik semula pada cerita aku. Kenapa aku jadi pendiam? Actually, bila aku makin dewasa aku nampak macam2 masalah dalam keluarga aku ni.

Dan ayah aku tercabar kot. So that s it. Dia buat betul2. Aku tahu poligami tu halal. Tapi bila masyarakat keliling kau pandang serong pada org berpoligami, tu lah yang jadi.

Aku malu, bila orang kampung mengata keluarga kami disebabkan isu poligami. Kawan2 pun selalu perli aku, pergi rumah mak muda lah, ape lah.

Benda ni buat aku depress and aku start jadi pendiam sikit demi sikit. Aku jadi malu dengan keluarga aku.

Dan aku ada seorang abang, abang aku ni dulu bekerja kat bandar dan kemudian dia berhenti. Sebab nak kerja kampung, nak jaga mak ayah.

Dia buat bisnes, tapi itulah sebab bisnes dia tak berapa menjadi. Dan start ni aku jadi lagi pendiam yang tahap extreme punya. Dia selalu mintak duit ngan mak ayah aku.

Mak aku pun yang saksi tu tak boleh buat apa lah. Pastu aku cakap aku tak maafkan dia. Sejak tu aku berazam untuk tak anggap dia tu abang aku.

Dia tanya apa semua aku buat bodoh. Kalau kat meja makan ada dia, terus aku tak jadi makan.

Dan akhirnya, aku jadi pendiam. kat U aku bercakap bila perlu je, tapi sejak aku jadi pendiam ni. aku jadi mudah terhibur, even kawan buat lawak hambar pun, aku ketawa.

Betullah orang cakap, org yg byk ketawa ni sebenarnya orang yang sedih. Entahlah. Sebenarnya, banyak lagi lah masalah dalam keluarga aku ni. semua sebab ego.

rasa diri paling hebat. tak pernah terima salah sendiri. At the end, family aku tak aman macam dulu. Masalah dalam keluarga aku ni buat aku tak banyak bergaul dengan kawan2.

tapi aku buat dunno, sebab aku tak nak suami aku nanti hidup tertekan macam aku, tiap hari dengar pasal gaduh. Aku takut dia tak boleh terima keluarga aku.

maaflah kalau korang tak faham cerita aku. aku menaip ikut perasaan. Maaf. Selamat Hari Raya ! Hehehe