Dulu kau hasut ayah aku kawin lain. Siap canang mak tak pandai jaga ayah. Sekarang kau terima balasannye

Dah berbelas tahun aku simpan benda ni, sorang pon kawan aku tak tau menahu pasal kisah peribadi keluarga aku.

Citernya stat masa aku sekolah rendah dulu, mak ayah aku masa tu baru pencen keja government. So, bila pencen tu kan dorang dapat banyak duit dalam anggaran RM70,000 sorang. Bila orang tau depa ni ada banyak duit, ramailah yang start nak berbaik. Isu dia adalah bila ramai yang mula nak rapat ngan ayah aku.

Masa ni, ada orang kenalkan ayah aku ngan sorang pompuan, janda takde anak. Ayah aku pulak kena hasut ngan family belah dia supaya kawin ngan pompuan tu sebab kononnya mak aku tak pandai jaga ayah aku (mak aku pon keja, mestila tak sehebat housewife yang lain nak urus rumah..

dahla pangkat dan gaji dia lagi tinggi dari ayah aku. Bab financial pon banyak yang mak aku support dan manage) Sedap je dorang judge. Aku memang tak bekenan ngan family belah ayah aku ni.

Dorang jenis cakap baik depan, kutuk belakang. Antara dorang sendiri pon memang macam tu. Dorang hasut ayah aku kawin lagi satu supaya ada orang yang boleh jaga ayah aku better. Kononnya la..kita tengok apa jadi nanti.

Sebab ayah aku ni kira lurus sikit dan jenis tak pikir kesan untuk jangka masa panjang, dia termakan hasutan dan kawin lagi satu. Mula dia kawin tu, mak aku tak tau.

Tapi ada satu masa tu mak aku jadi suspicious dan stalk ayah aku bila dia keluar. Mak aku nampak ayah aku pegi satu rumah dan apa lagi!

Berperang la kat situ. Lepas tu, mak aku balik umah, terus gitau aku. Aku yang tak ready nak accept berita tu terus meleleh air mata. Rasa macam mimpi.

Sejak dapat tau pasal tu, mak ayah aku memang selalu gaduh. Gaduh yang macam dalam drama yang satu taman perumahan boleh dengar tu. Penah jugak bercerai tapi rujuk balik.

Ayah aku pon yang selama ni lemah lembut dah start pukul mak aku. Tapi ayah aku ada satu kelemahan, dia sayang dan rapat ngan anak-anak.

Bila benda ni dah lama jadi, still ayah aku tak cerai ngan betina tu pon. Mak aku plak dah malas nak amek tau dah dan fokus nak besarkan anak-anak je. Ayah aku pulak dapat dua orang anak dengan bini dia.

Ayah aku tak berani nak citer ape-ape kat kami adik-beradik pasal family dia belah sana sebab sure kami akan mengamuk bila dia start citer. Lagi-lagi aku. Memang tak boleh terima langsung. Sampai sekarang.

Tapi beberapa tahun lepas, ayah aku nampak macam sedih. Pastu mak aku citer, ayah aku nangis dalam bilik masa dorang nak tidur. Bila mak aku tanya, rupanya anak dia yang baru lahir tu sakit.

Mak aku just dengar dan tanya sikit-sikit camtu sebab kesian kat ayah aku. Mak aku tak salahkan ayah aku 100% dalam hal kawin lain ni sebab kalau takde family belah ayah aku yang menghasut dan support, benda ni takkan jadi.

Bila mak aku citer kat kami, aku yang dalam hati terus macam padan muka. Ye, agak kejam di situ tapi apala sangat kalau nak dibandingkan cane kami survive dalam 10 tahun ni.

Pastu dua-tiga tahun lepas, aku dapat tau citer dari mak aku jugak yang betina tu sakit buah pinggang sebab kencing manis. Bukan sakit biasa-biasa, ni yang kena buat hemodialysis tu. Ni ayah aku yang citer kat mak aku.

Dia tak tau nak ngadu kat sape, last-last mak aku jugak yang jadik tempat ngadu. So, sekarang, sape yang jaga sape?? Dulu kononnya nak kawin ngan ayah aku sebab nak tolong jaga,

tengok sekarang ayah aku pulak yang kena jaga dia, susah nak berulang-alik anta dia pi hospital untuk treatment. Pastu anak dia pon selalu sakit jugak. Mak ngan anak sama je menyusahkan.

Ayah dan mak aku plak lepas pencen, still carik keja lain. Gaji ayah aku memang sikit la nak support dua family. Memang tak cukup. Aku dan adik-beradik aku belanja semua pakai duit gaji mak aku.

Ayah aku just support makan kat rumah je. Nak beli alat tulis, belanja duit poket sume duit mak aku. Lupa nak gitau, aku ada tiga beradik. Aku, adik C dan adik N.

Aku baru tau tadi rupanya dia dah bercerai. Laki dia pon dah kawin lain before cerai ngan dia. Ceh! Ayah aku sorang je tau, terlepas cakap kat aku tadi.

Dia ada 4 orang anak. Dulu anak sulung dia yang lelaki kawin ngan orang yang berjaya la jugak. Makcik aku tu kemain bangga citer pasal menantu dia kat sume termasuk aku. Aku angguk je bila dia citer.

Tapi masa tu aku dah rasa dah dorang macam tak sekufu. Pompuan tu high level sangat tak setaraf ngan anak dia yang biasa-biasa je. Tup tup! Cerai jugak.

Tu pon dorang tak citer kat sape-sape. Even ayah aku pon tak tau. Lepas few years, baru orang tau. Besela, makcik tu kan memang tak nak orang tau benda tak elok pasal dia.

Yang baik je cite lebih-lebih. Anak dia yang kedua, pompuan, umo 30 lebih masih belum kawin. Dulu, asyik dok canang orang besar ni, orang pangkat tu berkenan kat anak dia.

Hot setap la konon. Tapi senyap je sampai sekarang. Anak dia ni pon dah lama tak balik kampung. Aku agak, dia malu kalau orang tanya bila nak kawin.

So far, aku nampak keluarga dia pon dah porak peranda. Masalah rumahtangga dia lagi. Masalah anak-anak dia lagi.

So, aku pon terfikir, nampak macam Allah balas cash atas apa yang dia dah buat kat family aku dulu.

Tujuan aku confess ni sebab aku nak share ngan korang, yang hidup kita takkan senang kalau kita buat jahat ngan orang. Macam bini ayah aku tu, dia eventhough masih muda, dah dapat kencing manis dan komplikasi jugak.

Mata dah kabur, jari kaki dah kena potong, dan kena buat dialysis. Mak aku penah cakap kat ayah aku, dia nak jumpa pompuan tu. Nak mintak maap ape sume.

Korg nampak tak? Mak aku pulak yang rendahkan ego nak pegi mintak maap. Tapi korang tahu ape pompuan tu cakap? Dia cakap kat ayah aku tak payah sebab dia malu.

Haaa…tau pon malu. Aku pon teringin nak jumpa dia, nak suh dia tengok betapa kuatnya kami harung sume benda yang dah jadi ni.

Dah dia rosakkan rumah tangga orang dan dapat cash Allah bagi camtu je.

Lagi sorang, makcik aku tu la. Laki pon dah ceraikan dia, anak-anak pon bermasalah. Sampai malu nak angkat muka dengan ahli keluarga sendiri.

Ni yang aku nampak memang what goes around, comes around. Ada lagi beberapa orang yang jadik penghasut tu yang sekarang suffer jugak tapi aku dah malas nak cerita. Haha.

Jadi korang, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan asyik nak lebih dari orang lain sampai sanggup buat khianat kat orang supaya nampak kita lagi bagus. Sekarang ni aku dah banyak nampak macam-macam bila Allah bayar cash je atas perbuatan kita..