Bapa Saudara mencaabul aku walaupun 6tahun telah berlalu aku benci segalanye berkenaan dia

Terima kasih sebab sudi baca kisah aku ni. Harap dijadikan pengajaran untuk semua. Lebih-lebih lagi untuk gadis yang masih muda di luar sana. Mohon anda berhati-hati ye 🙂

Biar sudah 6 tahun berlalu, aku tetap benci dan tak dapat lupakan apa yang sudah dia lakukan kepada aku.

Waktu di kampung… ketika aku sedang tidur, dia (adik ipar ibu aku) sanggup mencaabul kehormatan aku. Ketika itu aku tidur di dalam bilik bersama adik perempuan dan beberapa orang sepupu perempuan.

Bilik tak berkunci sebab ada barang berharga sedara mara. Aku bersyukur, aku bersyukur sebab aku sedar waktu tu. Aku buat keputusan untuk tidur di luar bilik keesokkan malamnya, namun dia tetap buat begitu pada aku! Walhal, ada parent aku di situ! Ada mak saudara aku (isterinya yang ketika itu sedang sarat). Dia sangat berani!

Balik aku ke rumah keluarga aku semula, dia dan mak saudara aku singgah ke rumah. Aku berdoa buruk-buruk pasal dia. Kebetulan ketika itu dia ada anak perempuan…

aku doa agar anak perempuan dia rasa lebih teruk dari aku. Ye, aku doa begitu meski aku sayang anak dia macam adik!

Aku benci dia! Sangat-sangat! Ketika itu baru aku teringat satu kejadian yang lalu. Sebelum raya tapi pada tahun yang sama.

Waktu tu, parent aku keluar ada hal bersama mak saudara aku (isteri lelaki durjana tak guna tu). Dia diamanahkan oleh parent aku untuk menjaga aku dan adik-adik aku.

Saat tu aku mula tak sedap hati. Tapi aku tak layan sangat. Mula lah detik ketika aku dan dia berebut remote TV.

Bila kejadian tu berlaku di tambah pula dengan kejadian semasa raya… buat aku bertambah-tambah benci dengan dia.

Bila lahir anak mak saudara aku, aku pandang menyampah dan jijik dengan bayi itu. Entah kenapa… bila bayi tu menangis sebab aku cubit dia (baru beberapa minggu lahir)…

air mata hati aku mengalir. Apa salah bayi ni? Dia tak bersalah. Ayahnya yang salah. Aku berubah, aku mulai menerima bayi itu sebagai adik sepupu aku. Aku sayang dia persis adik aku.

Sejak kes dia datang rumah lepas raya tu… lama jugak aku tak jumpa dia. Dia sibuk bekerja. Tapi aku dapat rasakan…

dia memang takut nak jumpa aku. Bila aku ke rumahnya, dia kerja overtime. Bila isterinya datang ke rumah aku, dia tak ada walhal isterinya siap bermalam lagi di rumah aku untuk beberapa hari bersama anak-anaknya.

Aku berdiri terpacak je sebelah ayah aku. Aku benci tengok dia makan masakan ahli keluarga aku lebih-lebih lagi masakan mak aku! Semua tentang dia aku benci! A to Z!

Sungguh benci ni susah nak hilang. Aku jadi pendendam dengan dia. Dia musnahkan usia remaja aku! Raya aku! Saban tahun aku teringat! Kekadang aku menangis sorang-sorang fikir…

masihkah ada lelaki mahukan aku? Sebab aku takut… aku akan trauma teruk sekiranya aku berumah tangga nanti. Meski aku masih ‘suci’ tapi aku rasa aku dah ‘kotor’.

Sampai sekarang, detik dan saat aku luahkan ni… aku masih bencikan dia sangat-sangat. Aku tak suka dia ada depan mata aku!

Aku suka bila rumah tangga dia mulai bermasalah! Aku mengaku aku suka semua tu. Kalau boleh, biar becerai!

Apatah lagi bila benih tu melekat. Aku dapat rasakan… mereka terluka! Sangat terluka! Sampai ambil langkah untuk bunuh baby tu biar baby tu tak dosa.

Sejak kejadian tu… aku menangis dalam hati bila tengok kes-kes buang bayi. Kes-kes rogol. Aku doa… agar mereka kuat dan tabah menjalani kehidupan.

Apa yang aku rasa… mungkin sikit dan secebis… tapi aku bersyukur sebab aku masih dara. Cuma… aku takut dan trauma sesekali bila teringat kejadian itu atau pandang muka dia! Aku sangat-sangat bencikan dia!

Remaja dan gadis di luar sana… jagalah aurat anda agar maruah anda turut terjaga. Jaga batas-batas dengan ipar-ipar mak atau ayah.

Mereka bukan mahram kita! Boleh kahwin sekiranya mereka bercerai dengan mak saudara (adik beradik mak atau ayah). Jagalah semuanya ye. Pesanan ni untuk kebaikkan anda. Parent… tolong jaga anak-anak baik-baik. Semoga anda tidak jadi seperti aku.