Anak kan bawa rezeki, tapi hidup sepupu aku ni kelam kabut pulak. Hutang keliling pinggang masih relax

Cerita pasal hutang, ada sorang sedara terdekat aku ni, aku namakan sebagai Y, juga merupakan sepupu aku sendiri.

Boleh kata masa kecik kitorang agak rapat antara sepupu, tapi since sepupu aku ni suka buat perangai berhutang sana-sini, ramai yg berjaga-jaga nak berbaik dengan dia. Termasuk aku.

Sepupu aku ni boleh kata rajin sangat2 masa mula-mula dapat kerja jadi kerani kat sector awam. So, dari situ, dia dah plan nak sambung belajar dapat degree sambal kerja.

Nak dijadikan cerita, dia kahwin masa baru kerja tu dan tak lama lepas tu dapat anak. Orang kata anak kan bawa rezeki, tapi ntah macam mana kelam kabut pulak hidup sepupu aku ni.

Duit bidan pon pak cik aku yg bayokan. Rupanya, baru bukak cerita masa kahwin dulu, pon dah buat hutang. Tu aku malas nak masuk campur sebab tu hal dia.

Bisnes delivery makanan, bisnes sabun. Tapi semua tak menjadi sebab Y ni nak sangat cepat hidup senang.

Biasala tu, mana ada orang terus kaya. Lagi satu, aku syak Y suka nak hidup dia mcm org lain. Contoh, dia selalu berangan nak p obesi.

Bila dia dengar ada satu bisnes MLM ni boleh buat bawa dia p obesi, terus dia join. Obesi tak dapat pergi, hutang keliling pinggang.

Tp kantoi satu hari, yg duit yg dipinjam tu dia buat bayar kelas MLM. Dem. Aku rasa bengang gila sebab mak aku percaya lepas tu bagi duit kat dia.

Atok aku pon terkena jugak. Duit yg dipinjam dari sedara-mara ni, dia akan buat2 lupa smp kitorang malas dah tanya.

Aku harap Y ni berubahlah. Lepas masuk MLM, rumah tangga dah berantakan. Anak-anak tak reti nak makan lauk2 ayam sume.

Tau makan ikan masin je. Bila cuti sekolah, tak dapat nak bayar duit taska, anak hantar kat kampong. Aku tak tau mana peranan Y ni sebagai mak.

Yg aku pelik, masa dia sebok nak kawen dulu, Y ni siap ugut mak sendiri konon2 kalau tak kawen, nanti dia boleh terjebak ke maksiat. Tapi bila dah kawen, serupa tak payah kawen.

Aku harap Y ni berubahlah. Cukup2 la meinjam duit orang. Aku tak tau macam mana si Y ni boleh tenang tidur padahal hutang menimbun keliling pinggang.

Atok aku pon dah terlantar sakit. Ntah zaman bila agaknya dia nak pulangkan duit tu. Cukup2 la kutuk mak sedara yg dah banyak berjasa kat si Y.

Cukup2 jugakla susahkan mak ayah sendiri dekat kampong pasal hal hutang yang Y ni buat.Betul kata perumpamaan, Y ni ibarat melepaskan anjing tersepit.