Sejak ayah mennggal abang makin teruk sampai mengigil mak. Aku perlu buat apa utk selamatkan mak

Salam. Sejak teebaca luahan pasal keluarga, terdetik di hati saya utk post berkaitan hidup saya.

Saya berasal daripada keluarga yg alhamdulillah dari segi back ground agamanya, cukup. Adik beradik saya ramai. 8 orang semuanya, dan ada yg dah berkahwin.

Saya dibesarkan oleh seorang supermom yg cukup kuat, tabah dan kental kerana sejak beberapa tahun lepas, ayah saya telah meninggalkan kami sekeluarga.

Kami adik beradik boleh dikatakan rapat , walaupun jarang berjumpa sebab memasing ada yg dah bekerja, jauh, dan belajar tempat asing2.

Tapi bila berjumpa, byk benda yg boleh bersembang. Tapi, dlm semua adik beradik saya, seorang abg saya ni lain sikit perangai dia.

Dari dulu, sejak 5-6 tahun lepas, perangai dia sentiasa pelik dan skrg bertambah pelik. Sebenarnya pelik tu bahasa lembutnya, bahasa kasanya jahat.

Tp mak selalu akan pujuk saya kata biarlah dia. Jgn selalu tekan2 dia sebab org laki ni takut nanti bila dia blow up, macam2 boleh jadi.

Tp saya tak boleh, kekadang tu geram sgt tgk dia layan mak macam tu. Bila bab pinjam kereta ke duit ke, bising satu rumah.

Mintak pun cara kasar. Sumpah saya benci sangat dgn dia. Kakak, adik2 saya selalu halang kalau saya nak gaduh balik dgn dia sebab dorang takut nanti dia apa apakan saya.

Boleh dikatakan setiap hari perangai dia macam ni. Tengking, hentak2 kaki pada mak itu perkara biasa.

Dulu mak pernah bawak dia pergi berubat jauh dari rumah, tapi dia lari. Mak cepat sgt kasihankan dia. Mak kata takpelah tgk dulu dia.macam mana kat rumah.

Adik gaduh besar dgn dia. Adik mengungkit balik semua kerja yg dia buat, dari tolong mak beli barangan rumah, amek adik beradik lain dari sekolah, bersihkan rumah (adik seorang lelaki yg sgt pembersih), dan semua lah.

Tujuan dia bukannya nak mengungkit pun tapi sebab dia nak abg sedar. Tp lain pulak jadinya. Abg tak hirau langsung.

Dia siap kata mak takpernah mintak tolong aku pun. Padahal selama mak mintak tolong dia, dia selalu berjanji nak buat itu ini, tapi habuk apa pun takdak. Last2 bising sgt, dia keluar rumah macamtu je.

Dan abg jugak kuat curi duit mak & duit adik beradik lain. Pernah mak simpan sampai lebih RM10000 sebab mak teringin nak pi mekah.

Tapi abg amek kad mak, dia curi sikit demi sikit sampai licin simpanan mak. Adik beradik lain sgt marah, suruh mak report polis.

tapi keluarga tak bahagia sebab ada manusia macam ni dlm hidup kami. Kakak marah bila saya cakap mcm tu,

dia suruh saya istighfar. Dia kata semua yg Allah bagi tu dah cantik sgt. Tapi saya memang takpaham.

Orang nampak kami okay, tapi hakikatnya perit. Bila saya dah habis cuti sem nanti, lagilah saya takut.

Macam2 dia nak buat pada mak. Sementara saya di rumah, bolehlah saya jaga mak. Adik & kakak selalu tak masuk campur bila dia bising2 kat mak.

Saya selalu terpikir utk bawak dia jaaauh dari mak saya. Kalau boleh takmau tgk muka dia dah. Tapi semua tu limited sebab saya perempuan, apalah sgt kudrat saya.

Tolong, apa saya peru buat? Saya tak pernah berhenti berdoa sebab tu je saya mampu tp perangai dia takpernak nak baik. Tolong saya 🙁