4tahun aku tak penah berpisah dgn anak2 aku walaupun setengah hari. Aku jelez dengan laki aku sendiri

Assalamualaikum. Aku seorang surirumah punya dua anak. Dua laki2 yang sedang aktif meneroka dunia. Jadi macam2 experiment dan ujikaji yang diorang buat sampai tak tercapai dek akal.

Aku mulanya ok lagi, iyela budak2 baru nak membesar mesti nak buat macam2 tapi sampai satu tahap.

Aku rasa aku terlampau tumpu pada anak aku je sampai diri aku sendiri tak jumpa kebahagiaan yang aku cari.

Iyela setiap orang mesti ade impian atau dengan erti kata lain nak buat sesuatu yang dia nak buat tanpa gangguan anak2

Since aku duk kampung kejap ni. Aku ade mesej cik suami, aku lepaskan semua yang aku rasa, ape aku nak,tapi dipandang sepi oleh laki aku.. seolah2 aku ni tunggul tak bernyawa.

PENAT WOI JAGA BUDAK SELANG SETAHUN NI. Sakit otak aku rasa kalau aku pendam perasaan nie lagi bertahun-tahun.

Aku tak mau depression tapi keadaan sekeliling aku yang tak support aku.Aku paham laki aku keje, tapi takkan tanggungjawab pikul atas bahu seorang mak je kan? Buntu aku mikir..

Aku ni teringin nak naik bas macam dulu2 biar la aku tak pandai drive pon, sekarangkan banyak dah e-hailing yang boleh angkut aku memane2 aku suka.. aku cuma nak me time ja untuk aku.

Kenapa orang tak leh nak paham ape aku rasa?

Kenapa orang ingat surirumah ni memang kena masak,kemas,jaga anak 24 jam?

Aku dah terbiasa independant dari zaman aku duk U, aku niaga, aku cod barang jalan kaki, aku kuar hujung minggu naik bas, naik LRT, ade kawan nak folow ade la teman,

takde kawan yang free aku kuar je sorang. Kekadang duk KFC sensorang.. aku makan sensorang aku OK je, asalkan aku ‘LARI’ dari rutin belajar aku.

Ni aku bertahan je untuk 4 tahun ni, kalau takde solution jugak mungkin aku tak update dahla pasni, aku mungkin kat hospital jumpa psikatri.

Haha mungkin jumpa doktor boleh buat aku bahagia sebab aku ‘lari’ dari aku mengadap kerja hakiki aku hari-hari yang aku bakal hadap sampai ke tua ni (kalau rezeki keje takde ngan aku la).

Aku nak pesan je jangan la jadi macam aku, pendam hal ni lama2 sampai aku jeles ngan laki sendiri, sekarang aku kat kampung ngan budak2 ni dua ketul.

Aku lega dah sikit. Lepas aku bagitahu suami aku ape aku tak puas hati, ape aku nak, luah kat sini lagi, otak aku dah rasa kosong dah sikit..

Aku cuma tunggu approval je dari cik suami. Doakan aku ye.