“Sabar lah, nanti aku bayar lah” Aku harap tak jumpa dah kawan macam ni. Aku tolong dia tapi aku yg terseksa

Assalamualaikum… Harap admin approve luahan aku. Semoga dapat ambil iktibar dan jauhi dari perbuatan ‘tak ambil kisah’ tu. Terima kasih.

Ni masalah masyarakat sekarang.

Dulu masa kat tempat kerja… aku tolong kakak ipar aku habiskan stok tudung dia. Aku bawak la tudung-tudung tu promote dekat tempat kerja.

Then kawan aku minat nak beli 2 pasang. Harga sepasang RM45 ringgit. Dia beli and cakap kat aku, “Boleh tak aku bayar lepas dapat gaji?”

Aku masa tu ok je lagipun detik-detik nak dapat gaji tu lagi seminggu je. Jadi disebabkan dia nak bayar lepas dapat gaji, aku terpaksa lah pinjamkan duit aku dulu.

Masa tu aku takde nak buruk sangka or negative thinking kat dia sebab aku fikir aku kesiankan dia sebab dia nak beli tudung tu untuk mak dia.

Back to the story, aku dah lamaaaaaa sangat tunggu dia untuk bayar hutang aku. Tapi dia boleh pulak selamba badak je tak rasa bersalah langsung.

Macam dia takde apa-apa dengan aku. Ya Allah naik angin betul aku masa tu. Tapi sebab kawan, dia lebih tua dari aku maka aku hormat dia.

Tapi bila kerja, be professional lah kan. Tak kira lah kakak ke adik ke, tua ke muda ke HUTANG TETAP HUTANG.

Aku pergi kat dia dan tanya elok-elok, “Bila nak bayar ni……” dalam hati aku masa tu sedih sangat-sangat dah lah aku takde duit.

Dia kata, “Sabar lah..nanti aku bayar lah…” sampai bila kau nak aku sabar? Aku dah lama sabar dengan kau. Kau kata esok nak bayar. Lepas esok kau kata minggu depan.

Masa kau nak beli tudung tu aku tak fikir banyak pun yang aku fikir cuma kesiankan kau je pastu bila kau nak bayar hutang aku bayar ansur-ansur pulak? Aku membebel dalam hati.

Aku fikir panjang masa tu tak tahu nak percaya ke tak. Aku beri dia peluang kedua. Aku sebenarnya tak boleh terima dia nak bayar ansur-ansur tapi aku terpaksa terima jugak atleast dia bayar.

Esok tu dia bayar aku RM10. Lusa pulak dia bayar aku RM1. Weh!! Dah lah seminggu sekali dia bayar ansur-ansur. Menangis aku nak tunggu cukup RM90. Bukan aku tak sabar.

Sebab aku dah lama sabar lah aku dah tak boleh sabar dengan manusia perangai macam ni. Aku sebenarnya tak kisah pun kalau orang nak berhutang dengan aku.

Cuma dia perlu tahu tanggungjawab dia bila berhutang. Kalau dia janji nak bayar selepas dia berhutang, aku tak kisah.

Aku baik-baik je dengan dia macam biasa. Gelak tawa macam takde apa. Pergi kedai sama-sama. Balik dari kedai tu, aku tengok duit dia banyak padahal seringgit-seringgit je.

aku tak kisah la masa tu aku buat perangai budak-budak buat muka tak tahu malu aku cakap selamba kat dia, “Weh kau malas sangat nak bayar kat aku kan meh biar aku ambik sendiri.

Aku ambik RM15 dalam dompet kau eh” “Tak habis-habis ngan hutang dia tu. Ambik lah” eh memang lah tak settle lagi pun hutang kau ngan aku. Memang lah aku sibuk nak cukupkan duit hutang.

Dan hari seterusnya, Alhamdulillah aku berjaya cukupkan RM90. Tapi semua tu aku yang cari dan dapatkan dia untuk bayar. Kalau tak, sampai kesudah lah tak bayar.

Mengenai ugutan aku tu, aku suruh dia bayar dekat bos sebab aku nak settle dengan bos. Biar dia berhutang dengan bos pulak.

Kau fikirlah perasaan dia macam mana dia fikirkan perasaan kau saat kau takde duit. TOLONG YE!