Abg call aku bg tahu dia dah kawin dan minta aku bgtahu mak. Bila aku marah, aku pulak yg kena

Assalamualaikum semua. Harini tergerak hati saya untuk luah masalah yg dah dekat 7 bulan saya lalui. Harap para pembaca boleh bagi pendapat untuk saya selesaikan masalah ni.

Saya seorang perempuan berumur 20 tahun dan ada abang yg beza jarak umur 3 tahun. Masalah yg saya katakan tadi ada kaitan dgn abang kandung saya ni.

Disebabkan jarak umur kami yg dekat, saya sangat rapat dengan dia dan jika nak dibandingkan dgn adik beradik perempuan yg lain, mmg saya yg paling rapat dgn dia.

Saya panggil mak dan bagitau apa yg dia cakap. Muka mak berubah. Muka mak kecewa. Mak terdiam. Mak suruh call abang mak nak cakap sendiri dgn dia.

Abang iyakan apa yg saya kata tadi tanpa mohon maaf dari mak. Mak kata ‘takpelah kalau itu yg abang nak, mak tak halang’.

Mak bagi fon dan masuk bilik air ambik wudhu. Mak masuk bilik mengaji. Saya masih lagi berwasap dengan abang bertanya pasal isteri dan kandungannya.

Berapa jam berlalu mak masih dalam bilik mengaji. Bila diajak sarapan mak suruh kami saja sarapan. Pagi tu saya sarapan dgn dua orang adik bawah saya.

Lama tu baru mak keluar bilik muka mak masih sedih. Boleh nampak yg dia menangis. Saya ajak mak ke dapur untuk makan sarapan.

Semua yg dia cakap tadi tu cuma gurauan. Haha. Saya speechless dan balas ‘okay,ikut kau lah. Aku malas nak layan.’

Saya bagitau pada mak dan reaksi mak??? Malas nak tulis cuba pembaca bayangkan sendiri.

Okay benda tu berlalu macam tu dan saya balik ke kolej balik. Seminggu lepas tu saya balik kerumah lagi. Masa tengah lepak berehat dgn mak tiba2 mak upkan balik cerita pasal abang tu.

Macam² mak cakap saya cuma dengar dan mmujuk. Banyak yg mak cakap. Sampailah keluar ayat mak ‘abang tak ingat ke dulu masa dia eksiden siapa yg jaga dia kat hospital,

Siapa yg bangun malam sebab abang panggil nak ke tandas, siapa yg angkat dia ke tandas.’ macam² lagi la.

Saya mintak maaf kat dia n pesan dia mintak maaf pada mak. Dia maki saya lagi dan tu last kami berwasap.

Berapa lama lepas tu saya ada balik rumah dan dia pon ada sekali. Saya tengok mak okay bercakap dengan dia tapi kami berdua mmg xbertegur.

Ada lepas tu kami balik rumah serentak lagi dan mak suruh saya salam dia. Tak fikir panjang, saya pergi depan dia cakap nak salam tapi dia cakap ‘aku takkan salam kau.

Kau ingat aku nak bersalam dgn kau?’ saya pulak taknak kalah cakap ‘kau ingat aku nak sangat salam kau? Ni sebab mak suruh je kalau tak memang takde ye aku nak salam kau.’

Sebelum tu mak ada suruh saya mintak maaf pada abang tapi saya mengamuk. Saya cakap ‘mak suka ke anak mak main² kan mak?

Saya nak berbaik² dgn abang tapi takut tak diterima. sedihnya saya. Saya xcerita pada adik beradik lain, mak pon macam dah malas nak masuk campur.

Oh ya . Lagi satu ayah kami dah meninggal sebab tu saya xmention.

Saya harap ada kata² semangat untuk saya. Terima kasih selamat berpuasa 10 hari terakhir. Mintak maaf ayat tunggang langgang dan panjang sangat.