Aku pernah bercinta hingga berani tipu mak abah. Sekarang aku dibalas dapat housemate perangai aku yg dulu

Dalam hidup, kita kena percaya setiap yang terjadi tu mesti ada sebab. Sama macam dalam apa yang jadi dalam hidup aku.

Senang cakap, aku ni jenis orang yang campak dekat mana pon aku boleh hidup, dengan izin Allah jugak, Allah kurniakan satu kelebihan pada aku,

aku mudah bergaul dengan orang. Sangat mudah. Setiap tempat yang aku pergi, aku senang sangat dapat kawan dan aku tak perlu cari, sebab selalunya orang yang tegur aku.

First impression orang pada aku? ‘Budak baik’. Itu yang kawan-kawan selalu cakap. Berbekalkan muka tak bersalah dan nonsense ni,

aku baik dengan ramai senior junior perempuan dan budak laki kurang usik aku. Sepanjang aku sambung belajar,

Sampai tahap aku dah berani tipu mak abah sebab nak jumpa dia, hidup aku 100% untuk dia. Padahal dia ni punya perangai annoying jugak

tapi aku over sayang sampai aku tutup mata dengan semua tu. Bila aku habis belajar,mak abah suruh sambung lagi tapi aku nak kerja sebab nak dekat dengan dia,

masa dah start kerja,aku rasa hidup aku kosong, walaupon aku dapat apa yang aku nak.

Sampai satu masa, Allah takdirkan mak aku sakit, so aku berhenti dan balik jaga mak. Sampai mak da start recover aku ada apply nak sambung belajar walaupon tak nak pegi sangat.

Satu dekat k.l, satu dekat pantai tumur.Masa tu aku dah rasa ada yang tak kena, bila balik kampung dan makin jauh,

Rupanya, dekat sini hidup aku berubah, tengok senyum mak abah masa hantar aku, aku terfikir, kalau ni cara Allah nak buat aku tunaikan hasrat mak abah untuk aku sambung belajar, aku redha.

Hidup aku pelan-pelan berubah, dari free hair, aku da tak reti keluar rumah tak pakai tudung walaupon ambil baju dekat penyidai, dah tak reti pakai baju lengan pendek, dan cara pemakaian aku berubah.

Pelan-pelan aku belajar dekat dengan Allah. Punya Allah nak uji aku, aku dapat roomate yang perangai lebib kurang dengan perangai aku kat kolej dulu.

Masa ni rasa nak tepuk dahi sebab macam cermin diri sendiri. Dan aku mula sedar kenapa Allah tak kekalkan aku dengan dia.

Selama ni dia tak pernah nasihat aku untuk berubah jadi baik, tapi dia tarik aku untuk sama-sama buat jahat.

Mungkin sebab aku tak dapat bukak hati untuk sesiapa pon sebab pada aku sekarang, hati aku Allah yang jaga. Alhamdulillah atas segala yang pernah terjadi sebab itu yang buat hidup aku berubah menjadi hamba yang lebih baik.