Apa salah aku. Derhaka kah aku. Kenapa mak tak jujur. Aku terseksa diperlaku mak sebegini

Assalamualaikum wbt.
Terima kasih admin approve cerita saya.

Saya ada masalah tiap kali jumpa mak. Tapi kalau tinggal jauh, tak tinggal kat rumah mak lama-lama kami okay.
Yep.

kalau saya tinggal jauh, boleh kata hari-hari saya call mak.kalau tak call mak nanti jadi pelik.

Sekarang ni tengah cuti semester. Tahu kan… cuti semester kali ni panjang.

Mak, kalau salah sikit dia masam muka.Dia boleh hidup serumah dengan anak dia sendiri tanpa cakap sepatah pon.

And dia tak hadap pon muka anak dia. Dia rela cakap dengan adik beradik lain and anggap macam anak dia yang satu ni tak wujud depan mata.

Salah apa?
Aku sendiri tak tahu.
Aku sendiri tak paham mana silap aku.

Saya rasa derhaka.
Mak sendiri tak cakap dengan anak lebih dari tiga hari.
Selalu dah kena.

Esok-esok, macam mana pun saya terasa dengan anak sendiri, saya tekad tak akan buat macam ni dengan anak nanti.

Biar terus terang. Biar anak-anak boleh sedar apa salah mereka.boleh di tambah baik mana yang tak elok biar jadi elok.

Mungkin mak nampak aku ni membebankan. Abang dah kerja. Kakak dah lepas diri dia .
Aku je masih belajar. Terkontang kanting.duit lagi. Selalu sakit lagi.

____________________________

Sebab nanti saya yang akan dipersalahkan balik.

Tolong lah.
Ayah je paham saya. Ayah je tk pernah marah saya. Ayah je yang hargai saya.

Korang…
Tolong doakan saya.
Supaya saya jadi tabah. Saya tak lari dari rumah. Dan saya tak buat perangai pelik-pelik.
Doakan saya jadi yang terbaik.

Saya cengeng. Tulis ni pun dah menitik-nitik air mata.
Tapi saya tak pernah nangis depan family. Mungkin tu mak fikir saya keras hati.

Saya berubah pon mak tak pernah support. Saya cakap kat mak nak pakai tudung labuh. Mak cakap saya ikut kawan je.

Tapi saya istiqamah. Dan wallahi saya buat lillahitaala. Saya berubah solat saya perbetul, tajwid saya belajar,ilmu saya cari.
Alhamdullilah dah dekat 4 tahun saya berubah. Saya cuma takut saya patah balik jadi yang dulu.

Tiap apa saya buat mak tak respond baik pon.

tadi saya cuba, saya pergi terawih sendiri. Saya masuk masjid. Mak pandang, tapi buat tak tahu pon.

Saya agak mak tak perasan kot. Saya solat saya duduk saf belakang mak… mak buat tak nampak pon. Saya sedih. Imam baca sampai dekat ayat “sesungguhnya Allah bersama dgn orang yang bersabr”

Saya sebak.
Saya berdosa apa mak?
Mak jujur dengan saya mak.
Jangan seksa saya macam ni mak.
🙁