Aku duduk bilik berdua je. Tapi bila malam selalu katil aku bergoyang2. Walhal roommate aku tido luar

Assalamualaikum and hi.

Okay aku bukan lah student Uia pun, in fact sekarang study nun jauh di pantai timur.Cuma nak kongsi cerita jugak lah hihihi

Baru ni bising pasal roommate psycho so macam nak cerita jugak tapi aku duduk sorang dalam bilik. Aku and member member aku 12 orang duduk serumah sebab maklum lah sini kolej pun takda.

Sekarang dah sem kedua aku kat sini. Last sem aku ada roommate. Kami duduk berdua sebab rumah ni ada certain bilik yang boleh duduk 2, 3, 4 or even 7 orang (depends on keluasan dia)

so first sampai aku pilih bilik yang 2 orang sebab malas nak duduk ramai-ramai dalam satu bilik.

Benda ni jadi around 2-3 weeks before final exam last sem. Bilik aku ada satu katil double decker. Aku duduk bawah sebab aku sampai awal daripada roommate aku tu so pilih bawah lah best.

Okay okay sorry start cerita asal, macam ni…
selalu aku tidur memang aku akan mengiring ke kanan and kaki aku kadang kadang tersepak dinding partition bilik sebelah so bunyi lah kedegung kedegang sana sini

and katil pun katil kayu so kalau roommate aku tidur belah atas pusing pusing pun akan berbunyi lah katil tu.

First malam kejadian aku tidur, aku dah pesan kat roommate aku untuk balik tidur dalam bilik sebab risau lah kalau ada penjahat pecah masuk rumah ke apa kan

then dia pun okay je lah cuma dia cakap maybe dia masuk bilik lewat sbab dia nak stay up.Aku pun okay kan je janji dia balik lah

Malam tu, aku dah nak tidur so aku pun tutup lah lampu maka gelap gelita lah bilik aku sebab lampu dapur pun tutup malam tu. Hait aku before tidur,

mimpi apa sampai tersepak sepak dinding habis bergoyang katil aku dibuatnya. Tapi dia cakap dah berapa malam dia tidur sopan hahahahaha

Malam tu jugak, aku rasa nak tidur awal sebab baik tidur time semua orang masih tak tidur so tak lah takut sangat gitteww

Aku pun set lah alarm pukul 6.30 am. Time nak tidur tu pukul 12.30 malam camtu so ramai lah yang still stay up.

Dalam pukul 2 lebih camtu aku tersedar sebab sekali lagi katil aku bergoyang macam ada orang kat katil atas bergerak pusing kiri kanan.

Aku tengok kat lubang partition, lampu bilik sebelah dah gelap so aku pun stress lah ada org kacau tidur aku kan haaaa terus aku bangun pi kat suis then buka lampu.

And ni dah nak start final so baru ni dah ada tanda tanda gangguan tu nak datang balik hohohohohoho