Hari raya adalah hari biasa pada kami. Keluarga kami sungguh canggung tidak seperti keluarga lain

Assalamualaikum semua.

Beberapa tahun di universiti aku rasa cemburu dengan keluarga kawan-kawan aku. Betapa lembut cara mereka berbicara sesama keluarga. Betapa rapatnya mereka dalam keluarga.

Aku rapat dengan kawan-kawan aku jadi kawan aku selalu bawa aku jumpa keluarga dorang. Kawan aku si A. Keluarga dia sederhana ja. Tapi adik beradik sangat rapat.

Boleh gurau senda. Masak sama-sama. Mesti sepakat. Kalau semua balik mesti dorang akan kumpul dan cerita dengan mak ayah dorang.

Kemudian, mak ayah dorang akan mengusik dan menyakat anaknya atau beri nasihat. Dengan adik beradik dia, dia boleh main kejar2, cuit2.

Memang tak pernah ada dari kecik sampaila umur aku dan 22 tahun ni. Raya bagi kami adalah seperti hari biasa.

Kadang-kadang takda pun mengemas rumah. Baju raya kami hanya pakai baju tshirt berseluar track atau baju yang pakai tidur semalam. Itulah raya kami.

Kawan aku si B pula, dia selalu bawak aku pergi gathering dengan family dia. Ini pun aku cemburu. Semua abang, kakak, adik dia tanya macam mana study?

Ada masalah apa-apa ke? Korang dah jalan mana? Bagi nasihat melawak sesama sendiri. Dorang sembang macam kawan dan aku tengok sebelum balik U dia peluk semua abang kakak dia.

Aku? Tak pernah aku rasa aku dengan adik beradik aku berpeluk. Tak pernah nasihat. Melawak.

kita singgah beli tu beli ni sebab sian plak adik aku datang nanti.” “Adik, aku ada citer.” “Adik, jom nanti gi sini.” “Adik jom facetime ma.”

Aku? Tak pernah pun macam tu. Kalau aku tengok kakak dan abang aku, rasanya dorang lebih layankan adik kawan dorang macam tu dari kami adik beradik dorang.

Dorang lebih ramah dan ambil berat tentang orang dari adik beradik dorang. Dorang lebih sanggup tolong orang lain dari tolong adik beradik dorang.

Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab dulu masa aku kerja. Tempat kerja aku cuti. Kebetulan aku tak tengok fon jadi aku mintalah adik beradik aku ni salah sorang dari dorang datang ambil aku.

Tapi, tetiba adik kawan dia suruh ambil dia jadi kakak aku pun pergi ambil dia. Aku terpaksalah balik jalan kaki.

Kalau masa kecik pernah peluk aku tak tahulah. Ini sepanjang apa yang aku ingat ja.

Berbalik kepada cerita ayah aku. Dia tak seperti ayah orang lain. Ketika ayah orang lain gembira anak dia dapat sambung belajar ayah aku tak.

Ketika ayah orang lain berpusu-pusu tak sabar nak hantar anak mereka daftar universiti tapi tidak ayah aku.

Masa aku daftar ayah aku tak nak hantar. Dia suruh daftar sendiri naik bas. Nasib baik mak aku upah kawan dia hantar kami.

Baru-baru ni adik aku sambung belajar di IKBN. Kali ini, ayah aku kena hantar sebab tak ada bas yang hantar sampai IKBN dan kawan mak aku tak boleh nak hantar.

Tapi satu ja, aku selalu tertanya mana mak dapat kesabaran untuk hadap semua masalah yang wujud dalam hidup dia.

Dari kecik sampai besar, ujian mak terlalu banyak tapi mak tetap sabar.Banyak perkara sebenarnya tapi aku tak pandai nak menulis bercerita tentang betapa canggungnya family aku.

Aku sedih dan cemburu tengok kawan-kawan aku. Aku harap keluarga aku pun boleh mesra macam tu jugak. Apa yang aku cemburu sebenarnya komunikasi dalam keluarga kawan-kawan aku.

Betapa adik beradik dorang macam kawan rapat dan tempat kongsi rahsia. Betapa lembutnya mak ayah dorang bila bercakap dengan dorang.

Betapa mereka dengan mak dan ayah sedara boleh akrab macam mak ayah sendiri.Walaupun dorang jauh antara satu sama lain dorang boleh berwhatapps berfacetime sedangkan aku dengan adik beradik aku nak bersembang pun kami rasa pelik.

Tak pernah dibuat dan buang tabiat. Orang cakap boleh ja aku mulakan dulu but it take two to tango.