Aku ada pakwe dah 6 tahun kapel. Tapi aku tak nak kawin dengan dia pun. Aku cuma nak rasa je

Aku harap apa yang aku nak cerita ni tak dikonsider sebagai membuka aib. sebab korang tak tau pun aku sapa kan. buat pengajaran dah la. macam ni.

aku ni saorang jurutera aka kuli di sebuah syarikat swasta. korang jangan anggap aku nak up pulak dengan title jurutera tu. baca dulu. aku ada boyfriend.

dah 6 tahun kenal. dalam masa 6 tahun couple break couple break. sekarang couple balik. it was my surprise macam mana aku boleh couple. dulu aku sekolah asrama penuh pakai tudung labuh dan tak pernah couple.

bercakap dengan lelaki lagilah jarang. masa aku form 5 siap ada budak laki batch sama lagi yang tak kenal aku. tapi ada aku kesah. tak. sebab matlamat aku untuk belajar.

aku masa belajar kt U masa nk dekat tahun akhir aku dah start nak rasa berkawan dengan laki. dengan classmate aku yg jantina lelaki pun aku jarang cakap kecuali ada benda yang penting.

kerja kontrak tu gaji cukup makan. and dia nak kumpul duit nak kawin dengan aku. ntahla. kadang2 aku rasa aku ni jahat nak mampos sbb sebenarnya aku sikit pun takde rasa nak kawin dengan dia.

dan tentunya sebab kerja dia dan perangai dia. aku kalau keluar dengan dia. kalau salah sikit mulalah dia nak maki aku. bangang bodoh bangsat cilake semua keluar.

korang nak tau tak kenapa senang2 je dia boleh maki hamun aku tanpa perasaan hormat dan malu kat aku?

sebabnye. kitorang dah banyak kali terlanjur. since aku dekat last year study lagi. aku tak sangka aku boleh jadi mcm ni punya teruk. setelah bertahun tahun aku jaga diri aku elok2.

tak nak bergaul dengan lelaki. tapi last2 aku jd lebih teruk dari orang yang dulu masa muda2 kaki bohsia playgirl social dsb..

and benda yang buat dia tak boleh terima is dia dah lama tak solat. and this is the reason why dia susah nak terima kenyataan. dia pernah janji dengan aku.

lepas dia bawak lori senang sikit dia nak solat sebab kerja drive je, bersih sikit. tapi sekarang aku tengok dia makin teruk and dia dah lupa janji tu.

bila aku Tanya dah solat ke dia cakap tak. bila aku tegur dia mengamuk dia cakap takde tempat nak berhenti solat.

dekat R&R susah nak carik parking. and dia pernah tengking aku kalau aku argue aku cakap tu alasan dia je. dia cakap dia memang tak akan solat sampai bila bila. Allah..

pernah aku confess aku tak nak kat dia lagi, dia maki aku dia ckp kenapa? sebab aku dah jumpa laki lain kan?

aku nak bertaubat sebab aku dah tak sanggup nak tanggung dosa. kalau aku mati masa aku tengah tido dengan dia, apa family aku akan rasa?

aku bersyukur Allah tak tarik nyawa aku masa aku tengah buat dosa dengan dia. aku dah tak sanggup. sekarang tiap malam nak tido aku selalu susah nak lelap sebab aku takut esok aku dah tak bangun.

aku tak sempat bertaubat. aku buat dosa besar walaupun aku solat. aku dah bayang macam2. aku bukak mata keliling gelap sebab aku dah ada dalam kubur. aku tak nak mati sia sia.

kalau Tuhan kata dia bukan jodoh aku, aku akan doakan dia berubah dan jadi lebih baik. aku harap Allah ampunkan dosa aku selama aku bernafas. amin.

– JulaJuli