Ada gadis misteri ketuk bilik aku. Dia tenung muka aku, bila tanya dia gelak ngekek2 pulak dan dia tunjuk satu tempat

Ok lah dah alang2 ada org berani nak share pasal rumet dy yg psycho tu, aku rasa dah sampai masanya aku cerita pengalaman aku tntg bnda yg sama. Oh ya. Nama aku NHA. Aku skrg ni study lg kat slh 1 ipt kat msia ni je.

Hah. Yg aku nk share kn ni adlh cte bdk psycho kat asrama aku tu. Ye alhamdulillah aku still layak duduk asrama.

Aku duduk tngkt 5 bngunan asrama aku. So nak di jadikn cerita wt masa ni bilik aku masih kosong. Aku takde rumet lg dan duduk sorang dlm bilik tu.

Sebulan awal aku duduk bilik tu, dalam pukul 12 tgh mlm sampai pukul 2 pagi tu selalu sgt ada org ketuk2 pintu bilik aku ni.

Selalunya bila aku bukak takde orang pun. So lepas daripada tu aku pun malas lah nak bukak pintu kalau ada org ketuk2. Kecuali lah kwn aku yg dtg so aku bukak lah.

Macam “eingggg” ha camtulah bunyi dy. Kadang2 aku dengar org ketuk pintu tone ketuk pintu tu mcm sayu jee. Sloww dan pelan gitu. Rase boleh dengar ad org ketuk dari atas ke bwh pintu

Biasanya bila aku dah dengar benda camni aku terus masuk bawah selimut baca doa tido. Hehehe. Penakut lah katakan.

Begitu lah hari2 aku yg penuh dgn ketakutan. Kalau dah jodoh tak kemana kan. 1 malam tu tetiba je pntu aku kena ketuk kuat macam nak roboh rasanya. aku tanya sape tp tak jawab.

Tp dy ketuk pntu tak berhenti so aku rasa mungkin urgent. Aku pun selawat bebanyak beranikan jgk bukak pintu bilik aku tu.

Bukak je pntu tu terkejut subhanallah. Dpn aku ada sorang bdk pempuan dgn rambut panjang kerinting tutup separuh muka dia.

KAMI?? Aku pon hape lg. Bamm. Aku hempas pntu bilik aku sekuat hati dan terus melompat ats katil.

Aku masih dengar lg suara dia ketawa kat luar bilik tu sampai sayup2 hilang. Bila aku cek lg, dy dah takde dah.

Aku punya takut tu sampai malam2 berikutnye tu aku paksakn dri aku tidur awal.Tp pikiran aku masih lg teringat2 muka bdk misteri tu.

Terbawak2 masuk mimpi kdg2. Jodoh aku lg agaknye haih 2 minggu lepas tu aku jumpa dy dlm toilet dpn sebelah bilik aku. Masa tu aku kt toilet sebelah lg 1. Aku terdengar lah org cerita2.

Ketawa2 mcm seronok je. Suara tu siap ajak kwn dy tu dtg bilik ajk main sorok2. Aku pn tertanya2 bdk toilet sebelah ni gayut dlm toilet ke ape kemain lg.

But apa yg aku blh conclude adalah, aku tak rasa bdk tu will cause harm to other people. Mungkin dy stress atau nak berkawan. Tapi cara dy kurang betul.haha. mana tak.

Aku nyaris2 nak minta abah ibu aku pindahkan aku ke u lain sebab trauma punya pasal. Ape pun aku harap kwn2 lain yg dah mula diganggu tu, bertabahlah.

Aku dengar dy dah mula agresif. Korang jgn lah buat masalah dgn dy. Buat2 biasa buat tak tahu je.

Last skali. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Heeeee ~~~~