Aku jenis sanggup susah demi tolong kawan. Perangai ni akhirnya jerat diri aku sendiri

Orang selalu pesan, kita hidup jangan pentingkan diri, kena fikir orang lain, kena sentiasa tolong orang lain. Ye, itu aku yang dulu, suka sangat tolong orang walaupon aku sedar kadang-kadang aku dipergunakan tapi aku tetap nak tolong orang.

Alhamdulillah Allah kurniakan aku dengan perangai lembut hati dan tak cepat sayang dengan orang. Aku jenis sayang kawan-kawan dan sanggup buat apa pon atas nama persahabatan.

Jenis aku kalau pergi sambung belajar atau kerja, aku suka pergi tempat baru, dekat situ aku mulakan hidup baru dengan kawan-kawan baru aku. Aku cuba jadi kawan yang terbaik untuk diorang dan sayang diorang seadanya.

Tapi aku silap, perangai suka tolong orang ni akhirnya jerat diri aku sendiri. Masa mula-mula belajar, semuanya indah. Walaupon masa tu aku sedar diorang banyak copy assignment aku,

dan kalau assignment grouping, segalanya aku jatuh dekat bahu aku dengan alasan, ‘aku tak reti la nak buat macam mana’.

Kemuncak kesabaran aku masa last sem, aku panggil kawan aku ni Ann, start dari proposal projek tahun akhir, slide show pre-presentation, laporan projek dan slide pembentangan akhir,

semua aku nak kena fikir sebab kawan aku masih ‘tak tahu’. Habis-habis pon dia tolong taip itupon aku kena sebut sepatah-sepatah dan kena cek spelling dia sebab dalam satu ayat mesti ada kesalahan.

Rasa macam ajar budak tadika pon ada. Aku nak mengamuk jugak la bila malam final sebelum present tu aku hadap report sorang-sorang,

sedangkan dia ntah mana pegi lepas aku bising-bising baru nampak muka. Aku mintak tolong buat front cover pon salah jugak.

Penyelia projek dah warning report tak boleh sama tapi aku ni kesian aku bagi jugak report yang sama.

Dan persahabatan kami jadi makin renggang bila aku dah siap report aku dan hantar pergi hardcover. Dia betul-betul tak bercakap dengan aku langsung.

Aku tak tau nak cakap apa sebab dia jenis keras kepala dan tak boleh ditegur langsung. Dia cakap aku tak pernah nak tolong dia, padahal kalau betul aku pentingkan diri,

aku tak sanggup tak tido 8 malam dan lepak dekat lab semata-mata nak tolong kawan aku yang lain siapkan report sebab diorang mintak aku ajar (report aku da siap full dan penyelia projek aku ketua fakulti so apa-apa diorang akan rujuk pada aku).

Dia langsung tak pernah mintak tolong aku, tak kan aku nak pandai – pandai ajar dia. Ada satu time aku terserempak dengan dia masa nak pegi lab dan dia nak keluar dating, apa yg aku dapat? ” Untungla best student”. Yup, memang best kena sindir.

Aku ignore semua yang jadi , aku pekakkan telinga dan butakan mata asalkan aku siapkan benda yang penting sebelum habis belajar.

aku nampak nur ni still duduk dekat gazebo belakang fakulti aku ni, rupanya dia tak faham sangat, so aku yang asalnya nak balik tido batalkan niat and tolong dia apa yang patut,

aku tak kisah, sebab aku nak kawan aku berjaya . Dan ada satu saat bila nur punya report hilang tiba-tiba padahal dia nak present dalam masa kurang 4 jam.

Aku ni la antara muka yang tolong bagi dia semangat dan tolong taip balik report dia (malam ke 5 tak tidur).

Aku tak pernah berkira untuk tolong dia, tapi kenapa bila aku selisih faham dengan kawan aku ann, si nur ni tak nak tolong aku tapi makin jadi batu api buat aku makin jauh dari ann.

Aku fikir Allah nak uji aku, aku redha hilang lawan yang pada aku cuma guna aku bila perlu. Banyak lagi sebenarnya benda yang aku buat untuk diorang tapi aku malas nak fikir sebab buat sakit hati sendiri.

Tapi aku jenis malas nak peduli. Tak sampai sebulan training kawan aku buat perangai dan berhenti intern mengejut dengan alasan dia tak selesa kat situ.

Tak tau apa yang tak selesa padahal dia dapat duduk office. Aku? Assistant engineer. Merata ceruk aku kena duduk, banyak kerja kena buat dan kerja aku kadang-kadang macam kerja laki,

tapi aku rilex je la. Ending dari perangai terlampau pentingkan kawan, aku tinggal la intern sorang-sorang.

Masa intern ni pon aku bergaduh teruk dengan kawan baik aku (laki) sebab dia terlampau push aku untuk tolong dia.

Aku tenang hadap semua ni. Aku tak marah dengan semua yang jadi. Dulu ye aku marah, tapi lama-lam semua ni buat aku sedar, macam mana baik pon kita dengan orang ,

Tipu la kalau aku tak simpan dendam, sampai mati pon belum tentu aku maafkan apa yang nur dekat aku.

Cuma aku berharap Allah sedarkan dia satu hari nanti. Andai aku pergi tempat baru lepas ni, aku tak kan serik nak tolong orang, tapi mungkin aku akan belajar jadi pentingkan diri sikit.

– Bungadaisy