”Nur tengok ni kaki aku, dorang kata Jin cium” Aku langsung tak fikir benda ni jadi lagi serius

Salam cerita ini sambungan dari part 1 ya.. Ada di komen

Kau tahu kan camana lirik mata orang yang ada Jin dalam badan dia. Dia punya tenung. Dia punya senyum. Dia punya lembut cakap tu.

Camtu la keadaan makcik aku kat dalam mimpi aku. Waktu tu dia ngan suami dia kat dalam kereta seat belakang. Aku nampak dari jauh tu aku mai dekat dorang.

Aku cuba dekat dengan makcik aku, dia cakap lembut, lirik mata dia + senyuman creepy dia. Aku pegang tangan dia pastu aku baca ayat Qursi. Aku baca ulang ulang kali tetiba dia kata ..

” Aku tak heran la dengan ayat Qursi.” Dia senyum. ” Aku pun boleh baca.. ” senyum lagi pastu ketawa besar.

Aku buat tak dengar so aku baca lagi , tahu apa jadi ? Dia pun ikut baca ngejek aku. Time tu aku speechless gila. Dada aku degup laju.

Malam tu lepas solat maghrib kat atas sejadah tengah zikir aku dah terlelap terlelap. Aku tak tahan terus lipat telekung sejadah terus baring tido.

Aku mimpi aku kat tempat belajar. Bukan tempat aku belajar sekarang tapi dalam mimpi aku tu aku kat tempat aku belajar.

Waktu tu kecoh banyak sangat kes students sucide. Semua orang ingat tu sebab student depression. Tapi aku tak sebab aku dapat rasa ada satu benda kuat jahat yang buat dorang cemtu.

Then waktu tu dalam mimpi aku tu aku tengah gaduh dengan kawan aku kat dalam mimpi tu. Nama dia syazwana. Aku takde kawan nama syazwana kat real life.

Syazwana mana aku tak tahu cana tetiba ada kat dalam mimpi aku. Gaduh apa aku pun tak tahu kenapa.

Jumpa. Tapi too late. Syazwana dah takde. Dia da bunuh diri. Then mayat dia pun diuruskan.

Aku jumpa ustazah . Aku cuba terangkan dekat ustazah apa yang aku rasa. Aku bagitau benda ni ada kaitan dengan benda tu. Benda tu kuat sangat. Ustazah decide nak cari benda tu.

Rupanya at the same time parents aku yang kat rumah pun kena kacau. Selalu barang yg kecik kecik jatuh cam normal.

Mak aku tak pikir apa pun. Sekali malam tu rice cooker yang berat tu jatuh. Baru mak aku perasan benda tu bukan normal.

Aku tak tahu cana tapi aku dengan ustazah tu dengan mak ayah aku pergi kat building yang under construction tu. Waktu tu kat tangan aku ada kertasa warna warni yang dah tersusun ikut warna.

Ok seperti yang aku janji. Aku akan cerita pengalaman aku dengan kawan aku yang saka family mak dia nak turun kat dia. Waktu ni kiteorang form 5, Ramadhan 2012. Aku duduk asrama.

Aku namakan dia Husna. Husna anak tunggal. Kat kelas dia duduk kat sebelah aku. Seat kiteorang kat paling belakang.

Hari pertama waktu dia nak kena tu. Aku tengah lepak kat bilik kesihatan. Tetiba dia datang. Dia kata ” Nur tengok ni kaki aku, dorang kata Jin cium hahahahha” sambil ketawa dia selak kain dia tunjuk kat aku.

Hitam. Macam terbakar. Aku tanya dia tak sakit ke. Gatal ke ? Dia kata tak. Dia cuma rasa panas pedih kt tempat tu.

Pastu dia angkat baju dia tunjuk kat belakang badan dia pulak. Ada jugak kesan hitam tu. Tapi lagi besar dari yang kat kaki. Pastu aku berseloroh dengan selamba cakap,

” Kau tahu tak, Buaya putih tu ada kat depan pintu kelas tu.. ” jari telunjuk dia tunjuk kat pintu kelas kiteorang . Hahahahhahahahahha TABAH GILA WOI DUDUK SEBELAH BUDAK NI ???

Aku kadang ye kan aja. Hahahha lagipun aku tak nampak. Takpe itu lagi okay sebab aku pun penakut jugak. Acah acah berani ja hahahaha. Aku pernah cakap kat dia. Dengan tegas.

” Sekarang yang aku tengah bercakap ni aku bercakap dengan Husna atau tidak ? Kalau kau bukan Husna aku tak nak cakap dengan kau. Aku cuma nak cakap dengan kawan aku. ”

Nasib baik waktu tu memang Husna hahahahhaha kalau benda tu tak ke haru hahahahahha.

Ada satu petang tu. Aku tengah buat kerja kat kantin. Tangan aku dua dua kat atas meja. Aku tengah warna poster tak silap aku waktu tu. Tetiba dia datang. Dia kata dia cari telekung dia. Aku cakap kat dia,

Aku diam. Dia pun diam. Aku biar je dia letak kepala kat situ. Lama. Dalam 3 min camtu. Tetiba dia cakap,

” kau cakap apa ?” Ok ini sangat mengejutkan sebab aku memang diam tak berkutik seribu bahasa punya diam tetiba dia cakap camtu. Aku tolak kepala dia. Aku cakap,

” Aku mana ada cakap apa apa ! Aku diam je wey ! ”

” Ye kau ada cakap. Aku tahulah aku dengar ”

” Takde doe, bukan aku yang cakap tu dol. Kau dengar aku cakap apa ?”

” Kau cakap kau tak takut..”

” TAKDE OKAY AKU TAKDE CAKAP . KAU JANGAN TAKUTKAN AKU HAHAHA” Ketawa awkward .

Part 1 di komen