Orang sebelah hulur Quran. Bila bukak takde ayat yang aku nampak cuma garis garis. Pelik ni, ada makna ke

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca page ni.

Aku nak share something yang sudah agak lama menganggu fikiran aku. Well not selalu tapi aku akan terfikir bila benda tu jadi lagi.

Aku nak mintak pendapat and kalau boleh aku nak tahu apa sebenarnya maksud benda yang jadi kat aku ni.

I bet this gonna be such a long post.

So first aku cerita mimpi aku yang pelik masa aku sekolah menengah waktu aku Form 3 tak silap. Aku mimpi waktu tu aku kat dalam kereta otw nak pergi suatu tempat and waktu tu aku duduk kat seat belakang.

Sebelah aku ada budak perempuan, umur lebih kurang 7-8 tahun, cantik *tapi tak boleh tengok lama sebab automatik akan rasa seram* , and dalam mimpi tu memang tak tipu aku sayang kat dia.

Aku duduk and ada orang kat sebelah aku hulur Quran supaya baca sama. Aku bukak. Aku terpaku. Bukan ayat quran yang aku nampak tapi cuma garis garis pelik.

Aku cakap kat orang tu ” Ni bukan Quran ni ..” Tapi orang tu suruh ikut baca ja. Akhirnya buku yang dia hulur kat aku tu aku tutup. Aku baca yasin kat mulut aku mana yang aku hafal.

Tu mimpi first. Tak seram. Cuma pelik. Mimpi kedua aku jadi waktu tahun lepas.

Waktu tu aku kerja kat taska yang memang sediakan tempat tidur apa semua. Waktu tu ada 3 orang staff termasuk aku. Kak Nana, Kak Sara and aku.

Waktu tu lepas isyak aku terus tidur sebab penat gila. Kak Nana dan Kak Sara belum tido lagi. Tak lama aku tido tu tetiba aku terjaga , dada aku berdebar. Berdegup laju.

And sinaran matahari sangat terang dari tingkap tu. Aku tengok pantulan diri aku kat cermin tu aku boleh nampak ada kepala orang lain yang lebih tinggi sikit dari aku berdiri kat belakang aku.

Straight belakang aku. Aku toleh belakang. Takde orang. Aku pandang depan balik. Benda tu kat depan aku.

Rambut panjang. Dia pandang aku dari cermin. Dia berdiri depan aku. Dan aku pun terjaga.

Macam movie sangat aku rasa hahahahaha tapi tulah yang aku mimpi. Aku takut gila kot waktu tu. Bangun bangun je aku punya dada degup laju. Aku terdiam. Lama.

Aku bukan jenis selalu mimpi. And bila aku mimpi, mesti ada satu perasaan yang aku still rasa dari mimpi tu sampai aku terjaga.

Jumpa lagi untuk post yang seterusnya.