Aku benci keluarga aku. Sejak ayah mennggal aku menumpang kasih sayang dari keluarga kawan

Ikutkan hati aku nak je add & pm semua yang ajak aku berkawan tapi aku takut dan tak nak dedahkan diri aku. Aku takut dikalangan korang ni ada yang kawan akak-akak aku.

Pagi ni entahla lepas subuh tiba-tiba aku rasa dah tak mampu dan rasa rindu dekat arwah ayah aku.

Aku menangis semahunya then aku capai fon buka zikir terapi hafiz hamidun dan terus terasa nak tulis.

Actually ayah aku start layan aku okay semenjak aku masuk sekolah menengah sebabnya aku masuk sekolah agama macam yang dia harapkan kat anak-anak dia yang lain tapi xde yang kekal semuanya bertukar ke sekolah biasa bila dah form 4 .

Tiap kali ayah hantar asrama mesti ayah akan cerita pengalaman dia di mesir dulu. Dan aku rasa sangat berkobar kobar nak pergi sana.

Semenjak ayah dah takda aku jarang balik rumah. Aku selalu balik rumah kawan, aku tipu mak cakap ada kelas tambahan jadi cikgu tak bagi balik.

Aku menumpang kasih sayang dengan keluarga kawan aku. Tapi aku ni cepat rasa bersalah aku rasa macam aku ni anak derhaka sebab tipu mak.

Aku ngaku kat mak yang aku tipu dia, apa yang aku dapat penampar sebijik. Sama juga kalau aku tak buat kerja. Masa tu abang terdengar masa aku ngaku tipu tu then abang cakap

“Mula-mula menipu lama-lama mencuri”

Aku jujur aku pernah curi duit ayah sebab aku nak beli simkad. Aku nak borak dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya aku tak perlu borak sorang-sorang. Tapi aku rasa bersalah dan aku ngaku jujur dengan ayah, ayah cakap

“Tidak mengapa, nah guna simkad ayah je . Simkad baru beli tu buang je . nanti kalau topup dah habis bagitau ayah ”

“:’)”

move on, peluang dah ada. Nak pergi sana kan banyak urusan. Nak kena tukar dokumen penting dalam bahasa arab.

1 dokumen dah rm50. Mana aku nak dapat duit. Nak uruskan passport lagi jadi aku batalkan je.

Suatu hari ni aku dirisik. Walaupun aku tak kenal siapa tapi aku terima sebab aku nak bebas dari sini.

Apakan daya , mak aku tak terima :’) . Tapi aku tak ada lah terima gitu ajaaaa. Ada lah jugak aku skodeng fb dia, adik beradik dia.

Apa yang terjadi lepastu …. kerja rumah yang aku perlu buat semakin banyak dan terlalu berat untuk aku yang kurus kering.

Bila aku memberontak,

“Kau ingat dengan kau lembik, buat kerja pun malas ada orang nak amik kerja ke? ”

*what? Aku malas? *

Pernah sekali tu dia sergah bilik dan cakap aku ni kena sampuk hantu sebab tiba-tiba berubah.

Tapi, bagi aku semua ni mungkin Allah nak uji aku supaya aku lebih kuat. Lagi-lagi umur 20 an ni lah tunggak utama kekuatan kita.

Kalau kita masih lemah macam mana nak hadapi dunia luar. Hikmah aku tak dapat pergi mesir, baru-baru ni ada pelajar mesir meninggal sebab dehidrasi.

Aku ni dah lah kering selalu kena dehidrasi + gastrik. Aku rasa aku tak kuat nak duduk sana. Bersangka baik dengan Allah : )

Btw, thanks a lot bagi siapa yang bagi support, nasihat dll. Siapa yang memerlukan pekerja tak ada pengalaman .

aku nak! Aku janji akan usaha betul-betul. Insyaallah, aku ni cepat belajar sesuatu benda baru.

Tapi, mesti penginapan disediakan lah sebab aku tak ada lesen dan kenderaan. Kereta sorong aku ada lah