Suami ku curang. Bila aku mengamuk S menagis dan peluk kaki aku. Rupanye itu hanya lakonan semata

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkahwin, aku & suami (aku gelarkan S) bercinta 5 tahun.

Sebelum bertunang, S kantoi ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutuskan hubungan & menukar nombor telefon.

Tapi S berusaha untuk pujuk aku kembali, S mencari aku di tempat kerja & berjanji untuk berubah. Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang & bernikah dalam masa terdekat.

S menunaikan janji meminangku & bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, S meluahkan rasa dia berubah hati & tak dapat lupakan perempuan tu & bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang & mencadangkan supaya kami bernikah & bercerai selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai

S bawak aku bercuti dalam keadaan paksa S ‘merogol’ aku. Kenapa aku cakap merogol? Sebab tanpa kerelaan hati aku yang tawar selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu.

Aku ‘dirogol’ sambil aku menangis.Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali S menyentuh aku.

Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku), S kantoi lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku tangkap dia berwhatsapp lucah, mereka berkongsi gambar lucah masing2.

Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan S. Aku mintak izin untuk menenangkan diri.

Dan ianya berakhir apabila aku menyuruh S call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu.

Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kantoi dengan aku.

Aku mengamuk, sakitkan diri. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan dianaiya. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan.

Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan. Hari tu S menangis tengok aku mengamuk & suruh dia lepaskan aku. S bersungguh sungguh menangis dan peluk cium kaki aku.

On the spot aku suruh S call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kawin. S buat apa yang aku suruh.

Kemurungan aku datang semula. Malah makin teruk hari2 aku menangis, tak dapat tidur & kurang selera makan.

Aku ambil kaca dan toreh tangan dan leher aku. Darah memercik 1bilik. Aku ambil gambar & hantar ke S dengan mesej ‘Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih.

Terima kasih sgt2’ beserta gambar screenshot whatsapp mereka. Aku terus hidupkan enjin kereta untuk ke hospital. S berulang kali whatsapp & call aku. Aku diam tanpa kata.

Sampai dihospital aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi.

Aku terus menangis sekuat hati aku. Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospital, S sampai memeluk aku & meminta maaf.

(aku tak pasti macamana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa2.

Aku masih menangis hari2 mengenangkan apa salah aku. Kenapa aku diperlakukan begini.. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku.

Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali curang dengan aku.Aku bukan seperti aku yang dulu.

Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung ,aku terkenal sebab sikap ramah & baik aku dengan semua orang.

Saudara mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah.

Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap ‘Ada masalah apa2 ke Fifi?

Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih S. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi pulih. Doakan S berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat,

Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk runtuh & hanyut. Fifi takut..

Fifi takut kesabaran Fifi diuji lagi. Fifi takut Fifi mengakhirkan nyawa Fifi ditangan sendiri. Tolong Fifi. Fifi tak larat. Fifi tak kuat.

Dengarlah luahakan aku Ya Allah insan teraniaya. Aku lemah.