Hidup aku dari kecil telah dihancurkan hingga dewasa aku mula liar dan hancurkan diri aku sendiri

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Aku hanya ingin meluah perasaan apa yang terbuku di hati.

Nama aku Cik Bintang dan berumur awal 20an. Aku sudah berkahwin. Aku kini dalam proses mencari perasaan aku yang hilang.

Aku berkahwin bukan atas dasar cinta. Episod cerita aku bermula begini :

Titik hitam dalam hidup aku bermula sejak kecil kerana aku mangsa ped0 uncle sendiri sehingga 10 tahun lamanya.

Aku tak mampu bercerita kepada sesiapa kerana dia telah mengugut aku.Aku terpaksa melayan kehendak dia dalam juraian air mata.

Dia mula tinggalkan dunia mat rempit dan mula mahu tinggalkan d*dah. Aku yang selalu berada di sisi dan sentiasa memberikan sokongan agar H terus kuat semangat.

Aku melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh dari keluarga setelah mendapat keputusan SPM yang memuaskan.

Di tempat belajar, aku mula terpengaruh dengan rakan yang negatif. Aku mula kenal d*dah, aku kenal arak, aku kenal kelab malam.

H tahu apa yang aku lakukan tapi dia tetap setia dengan aku. Bila aku habis belajar dan kembali ke kampung, aku tinggalkan kelab malam dan arak tapi d*dah aku sekepala dengan H.

Hampir setahun bergelumang dosa, aku dan H mula nekad untuk berubah, kami saling sokong satu sama lain untuk berubah. Kami sentiasa ada untuk satu sama lain.

Aku kemurungan selepas berpisah hingga memerlukan bantuan pakar. Walaupun aku kemurungan, ayah aku tetap tidak berganjak dengan keputusan dia.

H mula berkawan dengan aku selepas dia tahu aku kemurungan. Dia menjadi tempat aku meluahkan perasaan dan dia masih menyokong dan menasihati aku walaupun dia tahu kami tak mungkin dapat bersama.

Tak lama kemudian, aku kenal dengan seorang lelaki yang bernama B, aku berkahwin dengan B tanpa ada perasaan,

aku hanya ikut arah mana aku dibawa pergi. Aku berkahwin sebab B yang ajak berkahwin. Aku masih tak dapat menyayangi B sepenuh hati.

Aku masih berkawan dengan H dan H tetap menjadi pendengar yang setia. Bukan mudah aku mahu melupakan kerana banyak yang kami lalui bersama dan kami berpisah bukan atas kerelaan sendiri.

Aku masih berusaha untuk sayangkan B sepenuh hati aku.

Doakan aku supaya berjaya sayangkan suami sendiri sepenuh hati dan redha atas takdir yang berlaku. Betullah kata orang, mencintai tak semestinya memiliki.