Cikgu ekonomi aku ni pelik, dia panggil aku tanya aku ada boyfriend tak. Lepas tu dia cakap macam tu pulak

Hello semua. Panggil je aku Putih. Sebenarnya kulit aku gelap, saja nak naikkan self esteem, jadi aku suka orang panggil aku Putih walaupun muka je putih, tangan hitam.

Umur 35. Yela tua dah, tapi sebab badan aku kecik renek ulala, so tak berapa nampak ketuaan aku ni.

Apa aku nak cerita ni berkisar zaman sekolah dulu. Sebab sekarang banyak kisah pasal perampas.

Aku nak cerita macam mana aku sendiri dituduh perampas laki orang. Banyak-banyak benda, dituduhnya aku merampas laki dia. Nauzubillah.

Tuduhla rampas mcd kau ke, ayam goreng cheese ke, haih.Sejak Tingkatan Satu, aku tak ramai kawan perempuan.

pertandingan itu ini, tu je. Kalau berkawan istilah zaman sekarang ni, melepak kedai kopi hipster, jalan dalam mall, ha tu takpelah kau nak bawangkan. And aku tahu halal gap.

Berkawan dengan cikgu banyak kelebihan. Aku tak bijak mana, selalu berdebat je lebih, tapi cikgu ni banyak bantu.

Buat kelas tambahan. Aku dengan kawan2 rajinlah pergi kelas tambahan ni sebab kadar ke diri, kata orang kampung koi.

Dahla tak cerdik mana, so tak boleh la pemalas kang mak aku katok dengan kerusi malas dia.

So nak dijadikan cerita, ada cikgu baru masuk. Dia ajar Ekonomi Asas Rumahtangga Mak Kau Hijau. Tak tak, Ekonomi Asas.

Nice. Keraplah dia point aku untuk subjek ekonomi ni. Siap lantik aku lead untuk presentation kat kelas lain.

Haah, kena present dekat kelas lain untuk certain topik. Kira macam study group besar-besaran gitu.

Aku takde hal la kan dah aku suka, sampai cikgu pendidikan seni aku jealous sebab aku makin teruk melukis, sibuk dengan ekonomi asas je haha sorry cikgu seni.

Pada suatu hari yang dingin, aku pergi sekolah macam biasa. Tiba-tiba cikgu Ramli ni panggil aku ke bilik dia.

Dia tanya aku ada boyfriend ke. Eh apehal kan. Aku pun cakaplah mak aku marah, tak bagi. Dia gelak.

Cikgu Ramli pelik, kejap dia macam okay, kejap dia tak bercakap dengan aku. Masa tu tak ada whatsapp lagi, kadang dia sms aku.

Biasanya aku tak balas sangat sebab aku pelik apehal cikgu ni. Apooo. Masa tu aku kan budak lagi.

Sampaila masa tu raya, dia tanya rumah aku dekat mana. Aku bagitahu la, and yes dia datang.

Dia bagi duit raya banyak jugak. And ada kad raya bunyi-bunyi tu. Lepastu diam berhari-hari tak sms aku.

Sampaila nak dekat final exam, cikgu BM aku panggil aku. Dia tanya sambil pegang tangan aku, awak ada affair ke dengan cikgu Ramli?

Jadi kami berjumpa. Isterinya bertudung labuh. Senyum dan salam. Dia peluk aku dan minta maaf sebab tuduh aku perampas.

Dia dah tahu cerita sebenar, di mana suami dia yang banyak ganggu aku, bukan sebaliknya. Cikgu BM aku backup aku kaw2. Memang aku tak salah. Aku memang bukan melayan.

Kan aku cakap aku pelik cikgu Ramli tu kejap okay kejap tak. Rupanya isteri dia cakap dia ditukar ke sekolah aku sebab kes sama di sekolah lama dia.

Dia ganggu pelajar perempuan. End up, cikgu BM report to Pengetua. Dan cikgu Ramli turut ditukar sekolah, sampai sekarang aku taktahu apa jadi dengan dia.

Saja aku cerita ni sebab macam syok pula bila ramai baca. Nanti aku cerita kisah lain kalau ada masa. Ni ada masa sikit sebab boss aku takde kahkah. Till then, bye bye.