Aku pernah gugurkan kandungan tanpa nikah. Bila kahwin 6tahun tak dpt anak. Suami aku ok je tapi aku pulak buat hal

Assalamualaikum semua. Nama aku Rina. Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan diruangan ini. Semoga kisah sedih ku ini menjadi pengajaran kepada pembaca.

Usiaku 37 tahun, sepatutnya diusia begini aku telah bahagia bersama suami dan anak-anak. Jika aku tidak melakukan kesilapan 16 tahun yang lalu aku yakin anakku kini telah pun membesar sebagai remaja yang bijak.

Diusia 21, aku hamil anak pertama aku tanpa bernikah. Lelaki itu merupakan teman lelaki ku.

Kami tinggal serumah memandangkan kos penginapan di tempat aku bekerja agak mahal. Tapi sebenarnya itu hanyalah alasan kami untuk tinggal bersama.

Kami merancang utk berkahwin sebelum perutku mula membesar.Satu petang aku mendapat khabar sedih daripada sahabat baik aku.

Dia melahirkan anak yang tidak cukup sifat serta organ dalaman yang telah rosak dan akhirnya bayi itu meninggal dunia.

Ketika aku pergi menziarahi arwah anaknya itu aku bertanyakan sebab kenapa jadi bergitu.

Sahabat baik yang tidak pernah berahsia dengan aku itu berterus terang. Sewaktu dia tahu dia hamil anak keduanya ini, anak pertama nya masih kecil.

Bimbang tidak mampu menanggung kos sara hidup dibandar yang tinggi dia mengambil keputusan untuk menggugurkanya dengan memakan pelbagai jamu,

Habis berpantang, kami bernikah. Majlis yang dibuat pada hari lahirku. Aku hidup bahagia. Enam tahun kami menjadi pasangan suami Isteri,

tidak pernah sekali pun Allah SWT hadirkan zuriat kedalam rahimku.Walaupun kami telah bertaubat.

Siang malam kami solat berjemaah memohon keampunan Ilahi diatas dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Aku juga tidak pernah putus harap meminta dikurniakan zuriat untuk suamiku.

Akhirnya rumah tangga kami goyang. Bukan kerana zuriat tetapi cemburu buta. Aku cemburukan suamiku bebaik-baik dengan balu anak satu.

Jika aku dapat tahu, pasti akan berlaku nya pergaduhan besar antara kami dan jalan penyelesaiannya aku akan lari dari rumah menumpang tidur dimana-mana sahaja rumah temanku.

Masuk ke enam tahun perkahwinan, aku mengambil keputusan untuk bercerai kerana aku sudah tidak nampak kemanisan dalam rumah tangga kami.

Hari-hari bergaduh dengan pelbagai issue dan tiada kedamaian lagi. Suamiku memberi perluang untuk aku berfikir.

Jujur aku nyatakan disini. Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah sekali pun suami menyuarakan tentang zuriat.

Apatah lagi untuk menyalahkan aku. Hanya aku yang sering menyalahkan tabiat merokok, minum ketum dan kerjayanya sebagai welder adalah punca kami tidak ada zuriat.

Dia menegur aku dengan lembut sekali, isterinya juga menyalami aku dengan baik. Allah…

Kalau lah aku tidak buat pekara yang diharamkan oleh Allah SWT dahulu… Berzina dan menggugurkan anakku itu sudah pasti aku dah bahagia sekarang.

Ini lah balasan tuhan diatas dosa besar yang pernah aku lakukan dahulu. Mungkin taubat bekas suamiku sudah di terima kerana itu dia tenang dan temui kebahagiaan dalam hidupnya.

Cuma aku, mungkin Allah SWT mahu menguji sejauh mana aku ingin kembali kepangkal jalan. Ya Allah… Terimalah taubatku…

Kini aku memilih untuk terus bersendirian. Hidup dengan membuat amal ibadah bagi membasuh segala kotoran dan dosa-dosa yang lalu.

Aku berkongsi cerita sebagai satu iktibar supaya kalian tidak menjadi seperti aku… Menyesal dan menyesal sehingga kini.