Prestasi intern aku hancur sebab kan tunang aku minta putus. Berat aku hilang 10kg. Hinggala aku ketahui segalanye

Assalamualaikum dan aku harap semuanya dalam keadaan baik ketika membaca artikel ini. Aku seorang wanita yang baru saja menghabiskan degree. Aku hanya wanita biasa.

Mungkin sedikit kisah daripada aku boleh membantu dan memberi harapan kepada semua lelaki atau perempuan yang mengalami masalah emosi berkaitan dengan manusia.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang mampu dan sederhana. Kedua ibu bapaku bekerja dalam sektor kerajaan, jadi kau faham saja lah.

Tak kaya tak miskin. Pendekkan cerita, aku lalui zaman kecil aku hingga remaja seperti kanak kanak normal lain.

Bermula dari saat itu, macam macam dalam kepala aku. Adakah mak aku akan okay? Adakah bapak aku akan okay?

Macam mana dengan adik adik aku?Aku perempuan dan anak pertama dalam adik beradik. Ya Allah..

Pendekkan cerita, sepanjang 3 tahun aku diploma, hidup aku masih normal cumanya akan ada hari aku akan jadi orang tengah untuk sampaikan apa apa berita atau info berkaitan duit.

urusan rumah, document. Kau sebut saja. Aku yang kan jadi orang tengah. Walaupun dalam kelas.

Emosi dalaman aku meronta, sedih, marah, kecewa, gusar, sakit, menjerit, memberontak atas apa yang jadi pada keluarga aku. Ibu dan bapaku sudah berkahwin untuk 23 tahun.

Kami sudah berkawan. dan decided bercinta jarak jauh. Hidup aku ketika itu, seperti ada warna warni yang jatuh dari langit. 4 tahun aku penuh warna. Aku bahagia.

Ya, aku cukup bahagia. Aku rasa seperti mungkin ini ‘hadiah’ dari Allah setelah aku bersedih selepas ibu bapaku bercerai.

Segalanya nampak normal dan bahagia. Ya, aku berjauhan dengan dia. Tidak pernah dekat. Hampir 5 tahun aku berkenalan dengan dia.

Aku juga mendapat tawaran sambung degree. Its a good news! Dalam keadaan yg terumbang ambing, aku berbincang dengan kedua ibu bapaku. Keduanya menggalakan.

Its a good news! (untuk aku). Jadi aku boleh dekat dengan dia. , dia hanyalah bekerja sebagai receptionist di sebuah barbershop di KL.

Walaupun keadaan ibu & bapaku yang tak interact langsung, aku uruskan semua untuk majlis. Dari A-Z. Dia jauh.

Jadi aku hanya akan update apa yang berlalu apa yang tak cukup. Ibu & bapaku adalah orang paling happy. Aku kan puteri sulung.

Akhirnya majlis berjalan dengan lancar, apa yang kami rancang berjalan dengan lancar. Namun bapaku tak dapat hadir atas persilisihan bersama ibuku yang masih belum reda..

Ya, aku sangat bahagia. Malah aku tersenyum sekarang. Aku sudah betunang. Maknanya, aku akan berkahwin.

Hidup aku lengkap! Aku baru saja tamat degree & akan habiskan zaman bujang aku! Namun.. pelangi tak selalu ada & langit tak selalu cerah.

& Sepanjang berjauhan jarang sekali aku keluar dngan lelaki lain, melainkan group discussion untuk subject. Mungkin sebab umur dah meningkat & dia adalah satu.

Semasa putus, Allah dan keluarga adalah yang paling utama. Tak ada mereka, aku tak tahu apa jadi dengan aku.

Perpisahan itu jadi semasa aku intern di sebuah kementerian kerajaan. Prestasi aku hancur, kedatangan aku teruk.

Aku banyak ambil MC & rupa pakaian aku asal boleh. Aku turun 10 kg dalam sebulan. Sampai aku kena maki dengan boss department aku sebab banyak sangat MC.

Semua orang dalam department aku tak tahu sampaila, ada sorang kakak kat office aku ni ternampak aku menangis tersedu sedu kat tangga. Habisla kecoh kat office.

dari kawan aku dan kawan dia juga (bekas tunang), menceritakan hal sebenar. Circle kawan aku & dia dalam circle yang sama.

Rupanya, bekas tunang aku dah berkenalan dan tidur dengan beberapa perempuan sepanjang kami di hujung tanduk. Aku lagi terduduk.

Dugaan apa Allah bagi kat aku ni? Penuh tanda soalan dalam kepala aku. Apa teruk sangat ke aku?

Sedangkan kemana dia pergi apa dia buat aku ada disisi aku sokong aku dia. Ya, macam macam dalam kepala aku. Mungkin kawan aku tu tak perlu exposed sebab benda dah jadi.

LOST. Itu sahaja terms yang sesuai dengan aku sepanjang aku tak bekerja. Lost. Aku hanyalah perempuan biasa, tak berduit,

Itu sahaja lah aku nak kongsikan. Ada masa kita kat bawah ada masa kita kat atas. Apa pun apa yang berlaku, keep in mind’ this is only temporary’.

Juga segala bad thoughts yang ada dalam kepala korang masa korang down tu adalah bad thoughts sahaja. Nama pun bad thoughs kan 🙂

Be strong and strong more than today because you deserve it. Jatuh kali ke 6 kali 7 bangkit 🙂