Cuba Untuk Memaafkan Mak yang dah ada cucu pun masih curang. Kata2 arwah dulu termakbul

Assalamualaikum semua.. Aku terpanggil nak buat pengakuan kat sini setelah baca kisah adik2 yang mak masing2 curang ngan ayah diorang.

Samalah dengan aku. Bezanya mak korang curang masa korang budak2. Mak aku curang aku dah beranak pinak means mak aku dah bercucu pun. Dah warga emas.

Bukan tuduhan melulu tapi dengan bukti sepasang mata ni perlakuan sumbang diorang. Mesti korang pelik mana aku tau.

Aku jumpa video ziina tu dalam hp arwah bapak aku, 3 bulan sebelum dia mennggal. Sekarang dah masuk tahun ke 4, arrwah kembali ke alam abadi.

Kalau duit tak payah cerita beribu habis. Alhamdulillah lepas 2 tahun berusaha akhirnya mak sembuh sepenuhnya.

Kisah kecurangan mak bermula disini. Dia minta izin nak ikut rombongan ke langkawi. Arwah abah izinkan.

Balik dari langkawi mak ada minta aku smskan seseorang bagitau dia dah ada kat rumah.

Aku tak syak apa2 sebab dia pergi rombongan dengan kawan2 dia, sorang dua tu aku kenal dari kecik (perempuan)

Untuk pengetahuan korang aku tak serumah ngan mak bapak aku. Tapi rumah kitorang tak jauh. Satu hari tu arwah abah call, minta kau datang rumah dia.

Dan untuk pertama kalinya aku melihat lelaki kesayanganku ini menangis…. Aku minta abah bersabar,

mungkin mak melakukan ini semua sebab salah abah dulu cuba menduakan dia (bodohkan aku). Kata arwah abah.. aku tolong je pompuan tu, takde buat bukan2 tapi mak kau sampai hati…

Silapnya aku sebagai anak, aku tak pernah berdepan dengan mak bertanyakan dia tentang hal ni.

Cuma aku selalu dengan arwah abah sound2 mak kalau dia tak sembayang. ‘Mak kau ni perasan muda, tak ingat mati’.

Ada satu jumaat yang mulia, lepas balik solat jumaat arwah abah call aku. Dia tanya aku amik mak ke?

Masih terngiang2 kat telinga aku, ‘kalau aku ceraikan mak kau siapa nak bela dia, siapa nak amik dia, ubat dia bukan murah,

aku simpan mak kau ni kerana Allah’ Ya Allah mulianya hati abah…

selama ini dia tau perbuatan sumbang mak tapi dia pendam. Jangan kata abah aku dayus ok.. Mak aku yang degil tak nak bertaubat. Dia pernah cabar arwah abah aku ceraikan dia.

Hari ke 3 arwah abah pergi aku bersemuka dengan mak. Aku tanya pasal kecurangan dia. Mati hidup balik tak mengaku.

Lepas aku detailkan video yang aku tengok mak meraung minta ampun. Aku bagitau kita satu family dah tau perbuatan mak.. Meluap2 darah aku marahkan mak, carutkan mak.

Aku selalu ingatkan mak, doa yang baik2 untuk anak2, aku selalu ingatkan dia dosa2 dia pada arwah abah. Mudah2an dia insaf. Dendam? Benci? Semua aku dah buang jauh2.

Sebelum ni Allah uji arwah bapak aku, sekarang Allah uji aku suami isteri. Jaga mak aku dalam masa setahun lebih ni kitorang hampir bercerai, sebab peel mak aku. Alhamdulillah jodoh kami panjang.

Buat suamiku terima kasih sentiasa menjadi tulang belakangku selama ini. Dan buat emak.. Semoga emak benar2 bertaubat akan dosanya dan ikhlas dengan kami anak menantu.

#Mak kami tak suka suami kami awak… sejak kami kawen.. Sekarang terpaksa suka sebab anak lelaki kesayangan mak kami tak nak bela mak kami