Aku tak pernah bercinta hingga akak office kenen kan aku dgn dia. Kami rasa serasi tapi ayah tak bekenan sebab dia bekerja biasa

Assalamulaikum. Aku seorang wanita berumur 30 tahun, berkerjaya, belum berkahwin dan merupakan anak sulung dlm keluarga.

Boleh dikatakan kewangan aku semakin stabil dan telah memiliki rumah pertama. Sekarang hanya tunggu proses untuk mendapat kunci. Alhamdulillah dengan rezeki dariNya.

Berbalik kepada ceritaku, sebenarnya sepanjang hidup aku dari zaman sekolah sehinggalah zaman study di universiti, aku tidak pernah ada hubungan dengan lelaki.

Aku sengaja mendaftarkan diri di laman BaitulJannah. Mana tahu, mungkin boleh terujmpa jodoh di laman itu.

Ramai jugala calon2 yang boleh dilihat. Lama kelamaan aku semakin malas pula nak mencari jodoh di laman itu. Huhu

Sehinggalah suatu hari, seorang rakan sekerja senior, aku namakan Kak T, bertanyakanku jika aku telah ada yang empunya.

Katanya dia berkenan denganku dan mencadangkanku untuk berkenalan dengan anak saudaranya yang sedang mencari calon isteri.

Pada mulanya aku agak berat hendak memulakan kerana aku agak segan dengan Kak T tapi aku cuba untuk membuka hatiku.

Dia hanya kerja biasa iaitu seorang peniaga. Dan part time sebagai Askar Wataniah. (Diberi elaun apabila ada latihan).

Tak pasti akan diserap tetap atau tidak sebab aku baru berjumpa dia sekali, tak sempat nak bertanya lanjut.

Kami hanya boleh berjumpa pada hujung minggu.Aku tak berapa kisah kerja dia kerana aku lihat keperibadiannya yang baik dan ikhlas.

Asalkan dia rajin bekerja tak kisah apa pun pekerjaan dia. Yang penting halal.

Ayah agak susah untuk terima memandangkan dia hanya bekerja biasa (pada pandangan ayah tiada gaji yang tetap).

Dan telah rancang nak beli cincin. Aku pun macam terkejut sebab secepat itu dia terima aku.

Kami jumpa pun baru sekali. Aku pun macam betul ke dia ni.Aku dah buat istikharah memohon petunjuk dari Allah. Moga aku mendapat jawapan yang trbaik.

Rancangnya dia nak jumpa keluarga aku lepas raya Cina ni. Sekarang ni aku cuma risau penerimaan parent aku terutama ayah.

Doakanku menemui jawapan dan aku redha dengan apapun. Mohon doa kalian dan saya alu2 kan jika sudi memberi pendapat. Assalamualaikum.