Depan mata saya ibu buat mcm tu dan papa semalaman menagis. Sampai hati ibu buat arwah papa mcm tu

Assalamualaikum semua. Nak kata saya buntu macam ada masalah besar tu, tak ada lah buntu sangat. Cuma kadang² saya jadi fed up dengan keadaan sekeliling saya.

Saya berusia 33 tahun. Saya ada 5 adik beradik and kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak masing².

Hanya saya seorang yang belum berumah tangga. Saya mempunyai seorang tunang 5 years older than me.

Dia duda anak 2. We dating almost for 11 years and kami sudah mengikat tali pertunangan selama lebih 3 tahun.

Dia sangat² rapat dengan adik lelaki dan adik² ipar saya yang lain. Anak² dia pun ok dengan saya.

Dorang selalu tanya saya “bila mummy nak kahwin dengan papa?” sebab mama dorang pun dah kahwin baru.

Saya pun ok dengan anak² dia, semua dah besar and pandai bawak diri masing². Bab family memang tak ada masalah.

Ramai orang fikir, hidup dah stabil kenapa tak kahwin? Mana² saya pergi, orang akan tanya benda yang sama.

Kenapa kau tak kahwin²?? Bila nak kahwin?? Kenapa tak nak kahwin?? Kenapa takut nak kahwin??

Sebab saya nampak kecurangan ibu saya dengan mata saya sendiri. Nothing break a child’s heart more than finding out one of his/her parent cheating on their partner.

Especially when you are too young and you found out about it by yourself. The impact/effect kekal sampai mati. Macam saya selalu cakap “permanent scratches mark”.

Saya hanya berusia 14 tahun pada masa itu. Terus terang cakap rasa macam patah hati sangat² bila dapat tahu ibu buat macam tu kat arwah papa.

Arwah papa sangat penyayang. Dia tegas tapi dia open minded dengan anak². Masalahnya papa sangat² murah hati.

Dia sanggup susahkan diri dia untuk tolong orang lain which is saya faham kenapa ibu saya fed up.

Disitulah saya dapat tahu yang ibu telah menduakan arwah papa dan bermulalah episode benci yang mendalam terhadap ibu saya.

Saya jadi degil and melawan cakap ibu tapi bila papa cakap, saya dengar. masa tu bila tengok muka papa, rasa sedih sangat².

Actually “kawan” tu bukan orang luar tapi salah seorang daripada family sebelah papa jugak.

So sebab tu “kawan” tu selalu ada dirumah kami. Setiap kali “kawan” tu datang, saya akan buat muka, memang saya sengaja tunjuk yang saya tak suka dia.

So satu hari tu arwah papa kena out station. Saya memang tak sedap hati. Malam tu saya cuba tidur macam biasa, entah macam mana saya terjaga tengah malam.

Ibu senyum kat saya and ibu cuma cakap dia kat dalam bilik air. Rumah tu ada 1 je bilik air, saya siap buka lampu bilik air.

TAPI KENAPA SAYA TRAUMATIZE DENGAN PERKATAAN KAHWIN??

Sebab saya nampak arwah papa menangis. Sebab saya nampak papa very frustrated. Sebab saya nampak papa yang saya ingat kuat tiba² jadi sangat lemah.

Sampai hati ibu buat airmata papa jatuh. 1 malam papa menangis, tanpa saya sedar, saya pun turut menangis.

Saya ada kakak sepupu yang tahu segala rahsia ibu, itupun sebab ibu selalu minta tolong dia. For example tolong belikan hadiah birthday untuk “kawan” tu

Raut wajah dia sangat² kecewa. Masa tu saya harap sangat ibu dengan papa bercerai. Andai kata mereka berpisah, sudah tentu saya akan ikut papa.

Keesokan paginya, papa hantar saya dengan adik² pergi sekolah macam biasa. For one whole day, saya tak focus dengan kawan², saya cuma nak balik tengok papa.

Balik sekolah papa ambik macam biasa. Saya tengok ibu dengan papa berkelakuan seperti biasa.

Akhirnya saya dapat tahu yang papa tak nak fikir panjang. Dia ambil keputusan untuk lupakan apa yang berlaku. Dia maafkan ibu dan ibu janji tak buat lagi.

Papa kata demi anak² sebab kesian anak² masih kecik katanya. Terus terang cakap saya tak setuju keputusan papa

Ibu batalkan niat dia dan sampai hari ni dia tak pernah sebut perkataan “kahwin baru” depan saya. Dia tahu saya tak suka dia.

Sehingga hari ini saya tak pernah cari dia, selalu dia je yang contact saya dan bertanya khabar. Saya sentiasa lebihkan adik beradik saya.

Semua harta, EPF, Insurans saya letak ke semua nama adik² saya dan tak ada satu pun harta saya atas nama ibu saya.

Saya boleh beli emas untuk anak² buah saya tapi saya tak pernah beli seketul emas pun untuk ibu saya.

Saya tahu saya berdosa sebab buat ibu yang mengandungkan saya 9 bulan macam tu tapi perasaan benci saya sudah tersemat dihati.

Setiap kali pergi, saya akan menangis mengenangkan nasib papa. Mulut saya tak lekang menyebut “sampai hati ibu buat papa macam ni”. Demi Allah aku sayang papa lebih dari nyawaku sendiri.

Buat cinta hati saya papa, terima kasih sebab banyak berkorban untuk kakak dengan adik². Maaf papa tak sempat rasa duit kakak, kakak tak sempat balas budi papa.

Tapi percayalah setiap kali solat, nama papa lah yang kakak doakan dulu. Let meet up in jannah one fine day. Aminn..

Kepada ibu, jangan sesekali mempersoalkan kenapa kakak takut nak kahwin. Sebab kakak takut kakak akan jadi macam ibu. Lebih teruk lagi, kakak takut kakak kena betrayed macam papa. Mum, i really cant handle betrayal.