Akibat Sombong Dengan Allah aku diuji suami curang. Sekarang aku tahu apa perlu buat pada hubungan kami

Assalamualaikum… Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang ok2 je. Sederhana dari segi pendapatan isi rumah dan dari segi agamanya.

Waktu aku kecik pown mak ayah aku tak pernah nak marah aku kalau aku tak solat.

Suruh pun macam tak tegas, so aku pun ambil kesempatan tu tak solat. Lama aku tak solat. Time sekolah dulu pun sebab duduk asrama so aku solat.

Balik kampung aku tak solat balik sampai lah aku sekarang dah kawen 5 tahun ada anak dua orang. Solat tu kadang2 kalau datang hidayah aku solat.

Pastu sekejap je aku lalai balik. Terlalu leka dengan urusan dunia. Suami dan anak2 aku penat dan busy dengan hal kerja.

Sehinggalah aku di uji oleh Allah sehingga aku terduduk dan tak boleh bangun.Sebelum tu biar aku ceritakan tentang suami aku.

Hari2 die OT die akan OT dengan A ni. Aku macam tak de lah nak syak pape sebab laki aku penah cite orang kat tempat keje die memang culas nak OT

kecuali ada lah beberapa orang nie. Pastu kalau sembang dengan aku selalu sangat cerita pasal si A nie.

Banyak aktiviti sekolah anak die tak join sebabkan OT dengan si A nie. Balik pun dah tengah malam memang dengan anak2 takde lah nak spent kualiti time.

Tapi aku masih husnuzon walaupun setiap kali diaorang ‘keje’ hati aku mesti resah gelisah (naluri isteri tak pernah salah).

Aku pun selalu jugak tanya2 kat laki aku pasal hubungan die dgn si A ni. Die boleh ketawa2 dan cakap tak de pape anggap kawan sekerja saja. Namun hati aku tetap rasa tak sedap hati.

Aku bernasib baik kerana berkawan baik dengan kawan yang rajin solat. Sewaktu aku di timpa ujian dari Allah,

dia suruh aku banyakkan solat dan solat sunat dan banyak kan tengok ceramah agama. Dalam hati aku masih sombong,

aku cakap aku tahulah nak solat. Namun hati aku tak tenang walaupun aku solat.sehinggalah aku tertengok 1 video ceramah agama tentang ujian dari Allah.

Allah uji sebab kita dah lama lupakan die. Banyak dosa2 kita Allah nak hapuskan. Allahuakbar… aku tersentak.

Aku solat selama ini hanya solat tanpa menyerahkan hati aku pada Allah. Aku percaya pada suami yang sama dengan aku manusia yang melakukan kesilapan.

Perasaan dia solat jemaah dengan suami aku rasa syahdu sangat. Aku rasa tenang sangat, indah perasaan bila suami imamkan aku.

Kalau aku tahu best nya solat jemaah dengan suami, dari dulu aku paksa suami aku imamkan aku.

Selama suami aku bagai mayat hidup aku banyak bercakap dengan Allah. Aku banyak doakan suami aku.

Allahuakbar Allah maha Besar. Dia banyak makbulkan doa2 aku. Suami aku sedikit sebanyak, banyak berubah dan aku nampak usaha die untuk kembali kepada aku.

Solat pun dah tak tinggal, cuma dia subuh agak culas lagi. Tapi Alhamdulillah berkat doa sorang isteri baru2 ni die dah senang nak bangun subuh.

Pesan aku pada adik2 yang bakal mendirikan rumah tangga dan sudah pun berumah tangga:

1) Solat.

Mesti solat, jangan jadi macam aku sombong dengan tuhan. Banyak doakan suami. Jangan letak kepercayaan pada suami.

Letak pada Allah sebab Allah yang pegang hati suami kita. Kalau boleh solat jemaah sama2, serius best sangat tau.

2) Jangan mudah minta cerai.

Yea… Aku pun penah minta cerai bila suami aku kantoi. Namun nasib baik suami aku lebih sayangkan aku.

Dia taknak ceraikan aku. Nak buat apa bila di uji suami curang? Ceritakan pada Allah. Mengadu pada Allah.

Minta pertolongan dari Allah. Walaupun suami tak de perubahan sekurang-kurangnya hati kita lebih tenang. Allah akan pulangkan suami kita semula tepat pada waktunya. Allahuakbar….