Hidup aku hanya ada mak dan adik2. Mak tanya aku bila nak kawin. Rupanye itu adalah hint dari mak

Salam sejahtera kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati aku.

Maaflah aku tak pandai menulis cuma aku harap message tak seberapa ni dapat dinilai baik netizen-netizen

Aku perempuan 30-an, belum berkahwin, kerja apa adanya.

Latar belakang keluarga pulak tak berapa nak cantik sebab dalam kamus hidup aku cuma ada mak dan adik-adik sahaja walaupun ayah tu masih wujud.

Ayah aku hanya dekat dimata tapi jauh sangat rasanya perasaan nak berkasih sayang antara kami sebab tak biasa,

selalu la belanja apa-apa yang dulu-dulu teringin tu. Happy je rasa. Walaupun kerja aku teruk tapi bila fikir dengan duit gaji tu boleh happykan dia, aku pun happy.

Mak aku bukan mata duitan sebab bila aku bagi dia akan simpan dalam satu akaun (ni pun adik aku yang bagitahu last last).

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun rutin aku hanyalah ada agenda nak bawak mak makan mana, bawak mak jalan mana, mak nak apa…

Aku bukan anak manja mak tapi setiap minggu atau dua minggu sekali aku akan balik rumah mak.

Nak kata tak boleh hidup sorang tak jugak sebab kalau hari bekerja aku rileks je boleh makan kat kedai sorang-sorang.

Mak aku meninggal lepas batuk dan demam selama sebulan on/off. Doktor ingat influenza mula-mula tapi last dignosed severe pneumonia.

Banyak persoalan dalam kepala otak aku. Sebab aku prioritizekan mak aku dari perkahwinan ke Tuhan ambik mak aku cepat sangat?

Sebab treatment lambat ke? Sebab pergi macam- macam tempat ke jadi jangkitan kuman apa pun tak tahu?

Dunia aku rasa kosong. Rumah sunyi sepi. Aku harap ni semua mimpi. Aku cakap dalam hati mak aku pergi keluar rumah kejap.

Tapi bila aku cari mak aku hari-hari tak ada jugak kat bilik dia, aku nangis tapi tak keluar air mata sebab ada adik aku kat rumah.

Kalau adik aku nangis tak apa, aku pujuk la bagi kata-kata positif. Janji jangan aku menangis sudah kang aku nangis semua susah hati pulak.

Sekarang aku pujuk hati aku cakap mak aku pergi vacation lama sikit. Doakan aku terima qada dan qadar ni dengan cepat.

Aku tengah meredhai pemergian mak aku yang aku kira sangat drastik ni.Nasihat aku, yang ada mak ayah tu berbaktilah selagi boleh. Jangan menyesal dikemudian hari.

Kalau sekarang ni lepas habis baca post aku ni, call mak ayah tanya khabar. Yang ada depan mata tu peluk cium lah selagi badannya panas bernyawa. Kita tak tahu bila sampai, masanya.

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku,

Rindu mak…