Aku perempuan dalam keluarga. Aku selalu dipersalahkan dan menjadi bahan gelak ketawa mereka

Assalamualaikum semua. Aku perempuan, usia awal 20-an. Anak sulung 4 adik beradik. Aku sebenarnya tak ada sape nak luahkan benda yang lama dah aku tahan ni. Aku sunyi sangat.

Mak ayah aku selalu mention pasal kekurangan aku. Sebab tu lah aku bagitau kat tajuk yang diorang tak nampak benda positif dalam diri aku.

Bila dah makin grow up ni, mak banyak bagi pressure kat aku. Bukan pressure apa sangat, more to pressure emosi la.

Mak suka banding2 kan dan samakan aku dengan orang lain. Cuba bagitau aku sape je yang suka macam tu.

Aku tak nafikan aku lebih rapat dengan keluarga sebelah mak. Memang aku rapat tapi mak bila dah jumpa dengan adik dengan kakak ipar dia tu,

diorang jadikan aku sebagai bahan gelak diorang. Aku sedar, aku ni apelah sangat dari segi rupa, aku ni berisi sikit.

Pernah sekali diorang bagitau aku ni golongan oku sebab lain dari yang lain dalam keluarga mak. Kecewa sangat aku. Macam terhina sangat.

Aku tak faham ape yang bestnya hina fizikal aku sampai macam tu. Bukan aku tak diet, aku pernah tapi masa tu berat aku turun mendadak.

Doc bagitau aku kurang bnyak nutrien sbb aku diet terlampau dan bahaya. Sebabnya aku tak tahan nak tadah telinga nak dengar bodyshaming diorang. Sakit.

Mak akan cari aku bila dia nak aku buat sesuatu. Mana mak bila aku perlukan seseorang utk bercerita?

Baru2 ni hari jadi mak, aku ada belikan hadiah untuk mak. Mak happy sekejap tapi tak lama tu mak letak hadiah aku tu dkat stor je. Dosa ke kalau benda macam ni pon aku makan hati ?

Ayah aku pulak jenis apa2 terjadi target kat aku dulu. Tak siasat tak tanya dulu mesti salahkan aku terus.

Aku tak sempat nak bela diri aku terus kena marah. Penat. Sakit. Pernah sekali ayah salahkan aku sebab duit dalam akaun dia berkurang sikit.

Ayah tuduh aku beli barang online mahal2. Sedangkan aku sendiri tak tahu camne nak beli online, bankin lagi.

Aku pun nak berjaya, tapi dengan cara aku sendiri, dengan cita2 aku sendiri. Bukan berjaya dengan laluan yang diorang tetapkan dan paksa aku untuk ikut.

Ntahla. Kadang2 benda2 yang aku lalui dulu dan sekarang ni buatkan aku takut nak hadap masa depan, takut nak kahwin, takut nak bina keluarga sendiri.

Aku rasa setakat ni jelah confession aku. Thank you sudi luangkan masa baca luahan aku ni.

Aku cuma perlukan teman untuk meluahkan semua ni. Tapi aku tak jumpa dalam realiti. Biarlah dalam ni je aku luahkan. Thanks.