Cita2 ayah yang tak kesampaian dan memaksa aku untuk menjadi pensyarah agama

Assalamualaikum.Nama saya Along dan saya terpanggil untuk berkongsi cerita .

Untuk pengetahuan semua, menurut cerita daripada mak saya, ayah saya dulu juga merupakan seorang tabligh sebelum mereka berkahwin.

Ayah saya menyertai kumpulan tabligh semasa dia masih belajar dan kemudian berhenti yang saya tidak tahu bila dan kenapa.

Semasa ayah saya belajar itu juga, dia mengambil bidang sains di sebuah university tetapi akibat daripada dirinya yang terlalu asyik dengan kumpulan tabligh nya itu, membuatkan proses pembelajarannya terbantut.

sebab saya sendiri pun suka masuk sebab nak belajar agama dan selesa dengan persekitaran yang sebegitu.

Tapi tu la, saya agak tidak berminat untuk masuk ke sekolah tahfiz atau pun madrasah sebab saya sangat mementingkan pengajian akademik saya.

Walaupun saya bersekolah agama, tetapi cita2 saya bukan ke arah itu.Saya tahu ayah saya ingin saya menjadi seperti anak2 kepada kawan2 nya yang hafal al-Quran,

yang jadi qari dan qariah, yang selalu join Majlis Tilawah Al-Quran, ikut pertandingan2 yang berkaitan dengan keagamaan macam tu.

Tapi saya tak minat dan saya tahu saya tak boleh dan tak mampu, kelebihan saya bukan pada cabang itu.

Kadang tu, selalu juga ayah memarahi dan merendah rendahkan saya kerana masih tidak boleh baca kitab,

tidak boleh bercakap dalam bahasa arab dengan fasih dan sebagai nya walaupun saya sudah belajar di sekolah agama selama lebih dari 12 tahun.

Dan ketika saya memilih untuk masuk ke aliran sains selepas tingkatan 3, saya tahu, ayah saya kurang bersetuju kerana dia ingin saya fokus untuk belajar subjek2 agama

supaya saya dapat menjadi seorang pensyarah dalam bidang agama seperti yang dia idam-idam kan dulu.

Ayah saya tidak dapat menjadi pensyarah kerana terdapat masalah yang berlaku dan dia terpaksa bekerja di sektor awam di bawah kerajaan tapi masih dalam bidang agama.

kerana benda yang saya belajar itu masih baru dan ambil masa yang lama untuk dikuasai.

Mak dan ayah saya kecewa sampaikan ayah saya kata, ‘nak masuk aliran sains, nak jadi orang sains tapi keputusan pun teruk,

baik tak payah masuk, fokus ja dengan subjek agama tu, lagi bagus’.Ketika ayah saya kata macam tu, saya sakit hati dan down sangat2

lebih2 lagi bila dia dah start bandingkan saya dengan orang lain.Sejak tu saya berazam nak buktikan kepada ayah saya yang keputusan saya untuk masuk dan bekerja dalam bidang sains bukanlah cita2 semata,

tetapi suatu kepastian. Ayah sya juga pernah menyuruh saya untk keluar dari bidang sains jika keputusan saya teruk sekali lagi.

Mungkin itu adalah berkat doa ayah apabila keinginannya untuk saya meneruskan cita2 nya tidak tercapai, jadi dia mula berharap kepada adik pula.

Maaf ayah, along tak dapat nak capai cita2 ayah tapi along doakan supaya adik boleh tunaskan keinginan ayah itu dengan jayanya.

Jadi, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita tak boleh nak paksa diri kita untuk jadi apa yang orang lain nak kecuali apa yang kita inginkan tu adalah sesuatu yang buruk.

Ibu bapa juga tidak boleh memaksa anak2 untuk menjadi apa yang anak2 tidak mampu dan rela contohnya ibu bapa sekarang yang memaksa anak2 mereka untuk belajar dan bekerja dalam bidang professional seperti doktor, jurutera dan sebagainya.

Kesannya, boleh mengakibatkan depressed dan stress yang melampau lebih2 lagi jika ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada mereka.

Terima kasih juga kepada ayah sebab tak pernah menagalah untuk ajar saya dalam bidang agama sejak kecil, kalau tidak sudah lama saya hanyut di dalam kejutan budaya di alam university ini.

Sekian, terima kasih.