Apa salah ibu kami hingga abg dan kakipar sanggup buat macam tu. Aku tahu ibu selalu berduka lara

Assalamualaikum. Pertamanya, terima kasih kerana telah menyiarkan cerita saya. Sebenarnya, dah lama saya menyimpan hasrat untuk menulis kisah ini dan berkongsi dengan pembaca semua.

Sebelum itu, maafkan kekurangan saya dari segi penyampaian dalam Bahasa Melayu, sudah lama rasanya tidak menulis dalam bahasa baku.Saya anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

Kakak, abang, saya dan adik. Cerita ini tentang abang saya dan isterinya a.k.a. menantu kepada emak saya. Persoalannya, menantu atau hantu?

Abang saya berkahwin dengan kakak ipar lebih kurang 6-7 tahun yang lalu. Kakak ipar saya anak tunggal.

Cantik orangnya. Manis senyumannya. Padanlah abang saya terpikat. Selepas beberapa bulan bekerja sebagai seorang jurutera, abang saya menikahi kakak ipar.

Emak saya pernah berkata “biarlah, janji mereka bahagia. Balik sekejap pun jadilah”. Itu kata-kata yang keluar dari bibir emak, tapi dalam hatinya?

Bila berada di rumah emak saya, kakak ipar lebi selesa duduk berdiam diri sambil bermain telefon atau bermain dengan anak-anaknya. Tidak pernah saya nampak dia berborak dengan emak saya.

Kalau emak bertanya, dia akan menjawab sepatah dua, acuh tak acuh. Jadi, boleh anda bayangkan betapa tergurisnya hati saya apabila emak diperlakukan begitu?

Bayangkan pula bagaimana dengan perasaan emak saya?Itu belum saya ceritakan bagaimana mereka bercuti merata-rata dengan keluarga kakak ipar,

sedangkan dengan keluarga saya tidak pernah walaupun sekali abang saya bawa emak dan ayah bercuti. Duit? JAUH SEKALI.

Saya menangis setiap kali terkenangkan ayat emak. Sedihnya hati. Buat lah apa saja, pada saya, tapi tolong jangan sakitkan hati emak saya!!

Baru-baru ini, anak mereka ‘warded’. Mereka tidak memberitahu pada emak, tapi emak nampak status bergambar di whatspp.

Jadi, emak tanya pada abang di mana ward cucunya itu. Tau apa abang (atau kakak ipar) saya balas? “Takpala, takyah mai lagi, bagi dia rehat”.

Sampainya hati meeka cakap begitu pada emak? Itu emak! Bukan rakan taulan yang kita boleh cakap sesuka hati.

Apa dia ingat emak saya apa sehingga perlu diingatkan sedemikian rupa? Emak saya telefon dan cerita pada saya, dengan nada suara yang sedikit bergetar.

Saya tak berniat untuk bermasam muka, saya hanya inginkan penjelasan dan saya turut meminta maaf jika ada salah daripada pihak keluarga saya.

Namun, kakak ipar meninggalkan jejak whatsapp saya dengan hanya ‘bluetick’.Jangan suruh saya ‘slowtalk’ dengan abang.

Saya sangat kenal dia. Dia orangnya ‘blur’, lurus dan tak sensitif. Tapi, dah terlalu jauh.

Terlalu dalam hati emak disakiti. Duhai abang, syurga kita di bawah telapak kaki ibu! Tak guna wang berkoyan, jika kau dera emak dengan tangisan dalam hati.

Saya kongsikan cerita ini dengan reader dengan harapan anda memberikan pandangan yang wajar. Semoga Allah kuatkan hati emak.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar kepada abang dan kakak ipar. Mak jangan risau, kami bertiga akan sentiasa ada dengan emak.

Sampau mati. Buat kakak iparku yang cantik, jika betul keluarga kami bersalah, saya memohon maaf. Jika tidak, apa salah emak kami?

Yang tertanya dan di’bluetick’,