Aku bercinta dengan Z. Aku adalah leader Z. Namun cinta kami digangu kekasih lama Z yg mengila ingin pisahkan kami

Assalammualaikum semua. Dekat sini aku nak mintak pendapat pembaca semua tentang kisah aku ni. Aku dah buntu untuk buat pilihan.
Kisah aku mula macam ni.

Dua tahun lepas aku pernah berjumpa dengan seorang lelaki ni nama die aku gelar kat sini sebagai Z.

Kali pertama kiteorang jumpa pun dekat tempat kerja dan dia bekerja satu company dengan aku.

Beberapa bulan selepas tu aku dapat kenaikan pangkat. Tanpa aku tahu bila aku galas pangkat baru ku itu, rupanya aku menjadi leader Z.

Then bermakna aku akan lebih kerap jumpa Z. Z memang menunjukkan sikap yang mudah untuk beri kerjasama dalam semua benda. Aku senang bekerja denagn dia.

Aku memang tak sangka dia sebegitu serius dan dia berani untuk terus jumpa parents aku.

Tapi sebelum dia berjumpa parents aku Z tiba2 bagitahu aku dia nak ceritakan sesuatu tentang masa lalu dia dekat aku time tu sebab dia cakap dia tak nak dah kehilangan orang yang dia sayang disebabkan masa lalu dia.

Cuba bayangkan perasaan aku time tu. Aku jadi serba serbi tak kena. Aku dah mula sayangkan dia dan aku sangat takut dengan situasi tu.

Then Z berterus terang dengan aku dia kata sebelum ni dia pernah bercinta dengan seorang perempuan aku namakan dia kat sini K.

Z dengan K pernah bercinta dalam tempoh masa yang aku pun tak tahu berapa lama tapi apa yang sangat menghancurkan hati aku adalah, mereka pernah terlanjur.

Then time tu juga aku dah kenalkan Z pada parents aku ketika aku warded tu.Berbalik pada cerita selepas Z jujur dengan aku. Aku banyak diamkan diri.

Bila aku nilai semula, Z sememangnya dah banyak berubah kearah positif ketika bercinta dengan aku jika dibandingkan dengan kisah silam dia.

Jadi selepas beberapa tempoh aku mendiam, Z masih menunggu jawapan ku dan dia juga redha jika aku tidak dapat terima dia lagi.

Aku pun tak tahu kenapa hati aku terdetik untuk menerima Z semula. Ya aku terima Z semula sebab bagi aku dia sudah jujur dan dia sanggup menceritakan keburukan diri dia yang dulu sebab dia betul betul sayangkan aku.

Jika difikir logik mana mungkin seseorang itu sanggup buka aib sendiri untuk jujur.

Aku ada juga stalk kehidupan K. K bukan lah gadis yang baik. Sebelum dia pernah terlanjur dengan Z, rupanya sudah banyak lagi lelaki lain yang pernah bersama dia.

K kini datang mengganggu aku juga. Aku sangat tertekan. Keluarga aku dan keluarga Z dah decide untuk adakan majlis tunang kami dalam beberapa bulan lagi.

Dan sekarang K sememangnya sangat2 mengila. K buat macam2 untuk hancurkan hubungan aku dengan Z. Dan kini aku dalam dilema.

Perlu ke aku teruskan hubungan yang mencabar ni. Jika betul pun aku bertunang dengan Z apa jaminan yang K tidak akan mengganggu kami lagi. Aku buntu gaiss, tolonglah bagi pendapat korang tentang kisah aku ini.