2 tahun perkenalan aku dgn si teh hijau. Akirnye, dia mengatakan cinta dan hasrat utk berkahwin. Tapi dia org jepun

Hai assalamualaikum semua pembaca. Andainya artikel ini disiarkan, terima kasih aku ucapkan kepada admin πŸ™‚

Post aku bukan berkaitan minuman tapi ini cara aku nak wakilkan pasal aku dan boyfriendku yang berasal dari Jepun.

Aku wanita berusia lewat 20an, masih bujang dan juga seorang yang fun to be with ecehh hahaha.

Tujuan aku mencoret kisah di sini ialah untuk meminta pandagan readers semua mengenai masalah yang aku alami.. Okay let’s go to the main story.

Aku dan si teh hijau sudah memasuki dua tahun tempoh perkenalan.Kami kenal semasa bekerja di satu syarikat yang sama di KL.

Lalu pulanglah teh tarik ke kampung halaman dan bekerja di sana di samping tinggal bersama kedua ibu bapa yang tercintanya.

Aku jatuh hati dekat teh hijau sebab dia bagiku adalah seorang lelaki yang berwawasan, ada impian, kelakar, baik dan comel la jugak mata memandang, hahaha.

Aku rasa kami serasi bersama dan aku selesa berkawan dengan dia.Sepanjang tempoh perkenalan bila kami keluar,

kadangkala dia yang mengingatkan aku pasal solat ataupon bersungguh memastikan tempat makan yang pergi adalah halal.

Dan sehingga ke saat ini, dia tak pernah cuba mengambil kesempatan untuk menyentuh aku ataupun sebagainya, alhamdulillah πŸ™‚

Macam mana aku nak pastikan dia memeluk Islam kerana keindahan agama itu sendiri atau semata-mata kerana cinta?

Aku keliru antara cinta hati dan juga cinta Ilahi walaupun aku sendiri bukanlah seorang muslim yang baik keseluruhannya.

Si teh hijau seorang yang sangat suka membaca dan aku pernah memberinya satu buka berkaitan pengenalan mengenai agama Islam tapi aku sedih bila dapat tahu yang dia tidak habis pon lagi membacanya.

Aku memerlukan cara bagaimana untuk menarik dan menunjukkan padanya mengenai kesucian agama kita ini.

Pernah jugak aku tebal muka whatsapp ke seorang ustazah yang agak popular untuk meminta pendapatnya tetapi tiada balasan.

Aku sedih membayangkan nasib atau macam mana cara untuk aku berdepan dengan masalah ini kelak andainya kami berkahwin suatu hari nanti.

Oleh itu, aku mengharapkan perkongsian aku ini akan dapat disiarkan. Aku memerlukan pandangan pembaca semua sama ada patutkah untuk kami meneruskan hubungan ini atau pon sebaliknya.

Aku amat menyayanginya tetapi aku juga tak sanggup menggadaikan agama aku.

Aku minta jika ada pembaca yang ada pengalaman kenal atau berkahwin dengan bukan Islam yang berbangsa asing agar dapat memberikan aku sedikit tips.

Mungkin ada antara anda ada yang berkahwin atau mengenali pasangan Jepun-Malaysia yang masih bersama hingga ke hari ini, ceritakan lah sedikit pengalaman anda padaku.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca dan doakan kami teh tarik dan teh hijau menemui penyelesaian kepada masalah kami ini.

Salam kasih sayang,

– TehTarik (Bukan nama sebenar)