Apa yg menantu buat semua tak kene. Dikata bini menyusahkan laki pulak. Rumah milik isteri pun kata hak lelaki

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera buat pembaca budiman.

Aku seorang menantu yang bekerjaya. Pendapatan bulanan lebih tinggi daripada suami. Berpangkat dalam sebuah syarikat swasta.

Bukan nak bangga atau nak riak sebab semua rezeki itu kurniaan Allah. Kita sebagai hamba kene sentiasa berusaha.

Suami ku seorang yang dikira baik memandangkan pada masa kini bukan senang nak dapat suami macam drama melayu TV tu.

Suami anak yang taat. Seorang anak lelaki yang baik terhadap adik beradik.Seperti mana confessor terdahulu bercerita tentang “Nafkah yang dirindui”. Kami seperti berada dalam “kasut” yang sama.

Dikatanya kedekut, berkira dan macam-macam lagi.Mertua seperti tidak puas hati dengan menantu-menantu perempuan.

Ibarat tidak redha anak lelaki kene menyara hidup anak perempuan orang lain yakni isteri kepada si anak. Tapi mertua tidak sedar.

Sikap mengongkong dia tu, menyebabkan anak2 lelaki lebih mengutamakan perbelanjaan mertua dan adik beradik melebihi isteri dan anak. Kami menantu2 perempuan dalam keluarga ni perlu berdikari.

Pernah mertua sound biras aku lagi sorang yang bekerja di sektor kerajaan, suruh bangun masak pagi-pagi. Jangan makan kat kedai. Nanti kesian suami nak bayar.

Dia tidak sedar, yang menantu2 dia makan kat kedai bayar duit gaji sendiri. Bukan pakai duit gaji suami yakni anak-anak lelaki dia.

Rasa nak ajak biras-biras tampal slip gaji anak depa akt dinding. Pendidikan tak ada la tinggi mana.

Tapi depa rasa macam anak lelaki depa makan gaji 10k sebulan. Pendek kata, dalam family ni menantu-menantu depa semua tak elok.

Kami menantu-menantu ni diam bukan sebab bodoh. Tapi sebab tak nak gaduh dengan orang tua. Tak nak gaduh laki bini.

Sudah-sudah la ganggu rumah tangga anak menantu. Cuba hang pi bukak kitab Al Quran dan Hadis,

dari segi nafkah siapa yang patut lelaki utamakan. Tolong cuci otak anak-anak lelaki hang pa tu.

Doa pada Allah kurniakan suami yang baik, family mertua yang baik, ipar dan biras yang baik.

Tidak perlu terlalu sempurna. Cukuplah masing-masing tau hormat hak peribadi antara satu sama lain. Jangan diganggu rumahtangga anak menantu.

Menantu yang kahwin dengan anak lelaki kamu tu anak perempuan orang lain. Penat orang tu bela, bagi makan, kasi belajar tinggi.

Bila dah kahwin kene tanggung keluarga sebab mertua dan ipar dok kacau.Semua orang impikan rumahtangga yang bahagia.

Kita sama-sama doakan Tuhan berkati rumahtangga kita dan lindungi dari kejahatan manusia.