6.15am aku sedar, dengar suara ibu menangis dan meminta tolong. Rupanye bapaku terbaring kaku di muka pintu

Assalamualaikum semua. First of all, nama aku Shamira. Bukan nama sebenar. Aku berumur 20 an, belum berkahwin dan merupakan seorang penjawat awam.

Tujuan aku menulis adalah sebagai pengajaran untuk kita semua agar lebih peka terhadap keadaan di sekeliling kita

dan menghargai masa bersama orang tersayang. Aku juga menulis cuma nak meluahkan perasaan kerinduan aku terhadap almarhum bapaku.

Untuk pengenalan, aku mempunyai tiga orang abang. Seorang kakak dan seorang adik lelaki. Namun abang sulungku telah dijemput Ilahi terlebih dahulu

kira-kira 3 tahun yang lepas akibat komplikasi otak. Kesemua adik beradikku bekerja di bandar.

Hampir 20 minit bercakap dengan pihak terbabit, aku give up. Aku letak telefon dan meminta bantuan 2 orang jiranku untuk mengangkat bapaku untuk di bawa ke klinik berdekatan.

Aku tidak tahu dimana aku memperoleh kekuatan untuk bertenang ketika itu.

Dengan pakaian tidurku, aku menyarung tudung instant dan membawa ibuku ke klinik dengan memandu kereta ku sendiri.

Manakala bapaku di bawa jiranku dgn menaiki kereta milik bapaku sendiri yang dipandu oleh jiranku.

Ketika memandu, aku berdoa semoga semua nya akan baik-baik sahaja walaupun aku tahu bapa aku sebenarnya sudah tiada lagi.

Lebih kurang jam 11.30 pagi.. Almarhum bapaku selamat dikebumikan. Terlalu cepat semuanya berlaku.

Benar. Kematian itu terlalu dekat dengan kita. Tidak terjangkau dek fikiran ku apabila almarhum bapaku pergi dengan sebegitu cepat tanpa kami sekeluarga bersedia untuk kehilangannya.

Perginya seorang insan yang aku anggap cinta pertama setiap anak perempuannya.

Sungguh, tidak ku sangka perbualan kami berdua pada malam sebelum permergiannya adalah perbualan aku dan almarhum bapaku buat kali yang terakhir.

Mukanya kelihatan sungguh ceria. Dan bagi aku, dia kelihatan seperti biasa.Aku tidak dapat menghidu petanda-petanda yang orang lain pernah lalui.

Bagiku, dia hero, peneman aku untuk ke mana-mana, segala yang aku perlukan, aku akan meminta dia untuk membantuku sehingga sekecil-kecil perkara spt memintanya untuk membuka tin susu untuk ku, dan macam2 lagi.

Bagiku, dia seorang bapa yang sangat penyabar, lembut dalam berbicara, ceria, suka membantu dan sangatlah susah untuk aku melihat dia marah.

Aku bersyukur dikurniakan seorang bapa sepertinya. Walaupun pemergiannya terlalu mengejut bagi aku, namun aku redha dengan pemergiannya.

Semoga roh almarhum bapaku diampunkan segala dosa dan dicucuri rahmat Nya.

Kepada pembaca semua.. Aku nasihatkan agar sayangi dan hargai masa yang ada bersama kedua orang tua kita. Janganlah bercakap kasar dengan mereka. Layan mereka dengan baik.

Doakan aku untuk sentiasa kuat untuk menjaga ibuku selepas ini.

Akhir kata, aku doakan agar kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang diredhai ibu bapa kerana sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibubapa kita.

Mohon juga kalian sedekahkan pahala bacaan surah Al- Fatihah buat bapaku yang telah pergi dan semua muslimin muslimat yang telah pergi dijemput Ilahi. Sekian…