Bapaku pengkhianat. Gaji bapa yg berbelas ribu tapi tak pernah cukup untuk sara kami. Nafkah ibu pun tak diberi

Aku sudah lali dengan pertengkaran mulut ibu dan bapaku sejak di bangku sekolah sehinggalah aku bekerja sekarang. Semuanya kerana duit. DUIT.

Yang tak pernah selesai sehingga masuk tahun 2020 pun bapaku tak sedar akan silapnya yang telah mengkhianati ibuku terutamanya.

Bapaku berjawatan tinggi dalam jabatan kerajaan. Tapi gaji dia sehingga berbelasan ribu semua digunakan untuk melabur pada saluran yang salah yang sampai sekarang tiada sedikit hasil pun untuk keluarga.

Sampaikan rakannya nak buat pinjaman beli kereta atas namanya pun dia terus settlekan tapi letak jaminan atas nama ibuku.

Tapi anak-anaknya motorsikal pun tak dibelikan apatah lagi kereta walaupun terlebih mampu.

Dua buah kereta rosak sampaikan ditinggalkan saja di tapak parking bertahun-tahun lamanya kerana tiada duit untuk membaiki padahal semua duit dilabur pada orang luar.

Yang terkini, bapaku banyak tunggakan bank dan entah apa fikirannya dia nak apply loan yang servisnya kena bayar sejumlah wang besar dalam 10k-15k baru lulus loan.

Loan sejenis apakah itu sampaikan semua duit simpanan ibuku dalam banknya digunakan bapaku untuk membayar dp loan tersebut tanpa pengetahuan ibuku.

Kerana setia, percaya yang tinggi terhadap suaminya, ibuku serahkan kad banknya tanpa ragu kepada bapaku

kerana setiap bulan mereka buat perjanjian untuk tolong bayarkan duit kereta. Tapi selama dua bulan tunggakan kereta, ibuku baru sedar yang dia dikhianati bapaku.

pinjaman yang entah mengapa dia sendiri tak dapat berikan alasan yang kukuh. Alasan paling tak masuk akal dia boleh beri hanyalah.. “Ingatkan dapat.”

Padahal gajinya mampu menyara kami sekeluarga dengan lebih baik. Semua duit yang digunakan seolah-olah tiada nilai.

Aku sakit hati dan kecewa melihat tangisan ibuku terhadap apa yang dilakukan bapaku terhadapnya.

Sampai sekarang aku masih tidak dapat melupakan betapa teganya bapaku mengkhianati kepercayaan ibuku.

Tapi semua itu masih lagi tak beri kesedaran pada bapaku. Dia masih lagi mempercayai orang lain yang mengiklankan wang pinjaman lumayan.

Kalau bapaku lebih sedar akan tanggungjawabnya untuk uruskan kewangan, menafkahi ibuku dan anak2nya sudah pasti keluarga kami harmoni dan bahagia saja seperti yang aku impikan dari dulu.

Yang menanggung kami sekeluarga hanyalah ibuku. Ampunkan aku ibu yang masih tak mampu membalas jasamu.. mengelap air matamu…

Aku buntu dengan sikap bapaku yang langsung tidak memikirkan masa depan keluarganya. Aku sudah hilang rasa hormat dan percaya terhadap bapaku.

– Anak yang kecewa

– Yah (Bukan nama sebenar)