Ibu cakap Mawar tak pandai ambil hati, mandul dan menghabiskan duit laki. Bila kereta axia hilang baru la rahsia terbongkar

Assalamualaikum. Aku Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang aku nak cerita ni bukan kisah aku, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kakak ipar aku.

Kami dari keluarga biasa2, 5 beradik. Kakak yang sulung dah lama kawin dan tinggal berdekatan.

Abang aku, Ali kira2 4 tahun kawin tp masih belum mendapat cahaya mata. Abang yang ketiga dan aku masing2 sudah mendapat cahaya mata. Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin.

Ali merupakan seorang yang biasa2 sahaja, semua ahli keluarga aku bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keliling kampung.

Selepas kawin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebelahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain2. Kiranya ada privasi untuk dia dan isteri, Mawar.

Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.Aku memang lihat mawar kurang bergaul,

mungkin kerana dia dari negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami. Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan.

Dia rajin melayan anak2 saudara dan tidak berkira berkenaan duit.Suatu hari, ibu meminta Ali serahkn axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar.

Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan mpv untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya mpv itu untuk kegunaan keluarga jika mahu ke mana2.

Baru-baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang. Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja.

Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta2 semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan,

tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.

Ibu ketika itu kaku, tidak berkata apa2. Adik pula menyalahkan Ali, kerana berlagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam2.

Ali cuma membalas, pandai2lah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur. Aku cuma menjeling isteriku, yang ternyata terkejut juga.

Sebelum keluar kerja aku sempat bisikkan pada isteriku, nah nampaknya semua harta Ali dari isteri,

Ibu juga mengatakan wang bulanannya makin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu.

Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh. Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor.

Aku berharap, mereka boleh berbaik semula. Puasa dah dekat, lepas tu raya. Aku pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi.

Cuma aku juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang tersakiti.