8 tahun ibu digantung tak bertali. Ayah yg income 30k sbulan tapi biarkan kami hidup susah. Bila anak minta tolong ini yg kami dapat

Hai, aku seorang gadis berumur 28 tahun. Tujuan aku menulis di sini adalah untuk meluahkan perasaan yang telah lama dipendam kini menjadi dendam.

Aku tiada masalah dengan family atau kawan-kawan. Cuma ada seorang je punca kesedihan aku selama ini which is ayah aku sendiri. Let me story a little bit about my background.

Ibu bapa aku dah berpisah secara official 2 thn yg lalu tapi sebelum tu ibu aku digantung tak bertali selama 8 tahun.

Lepas dia kawin kali kedua, dia terus tinggalkan rumah tanpa ada sebarang kata dan explanation pun.

Selama 8 tahun tu lah ibu aku yang membesarkan adik-adik yang masih bersekolah rendah. Ibu aku yang menguruskan segalanya seorang diri. Masa tu aku masih belajar di ipta.

Dan lepas 8 tahun, baru lah ayah aku buat proper way.. tu pun sebab bini no 2 dia dah tinggalkan dia.

Dia ada menyatakan hasrat nak rujuk, tapi kami anak anak tak bersetuju sebab kami tak rasa dia ikhlas nak rujuk dengan ibu aku.

Mungkin sebab dah kena tinggal baru dia nak cari balik. Masa sibuk bercinta dulu lupa kat anak bini.

Dah kena tinggal baru nak ingat jalan balik rumah. Lagipun after 8 tahun dia tinggalkan kami, ingat senang kami nak terima balik?? Dia act like nothing happen. Satu maaf pun tiada.

Ayah aku ni seorang yang suka ikut kepala sendiri dan susah dinasihati. No one can understand him.

Pergi travel pun sendiri. Pergi umrah pun tak bawa anak-anak sedangkan dia jelah satu2 nya mahram yang kami ada.

Kehidupan kami semakin downgraded walaupun income ayah aku makin upgraded.Biasa orang makin lama makin senang, tapi kami makin lama makin susah.

Duit belanja dapur makin dikurangkan malahan disekat sekat. Ibu aku terpaksa guna duit saving untuk belanja dapur.

Ibu aku sudah lama berhenti kerja. Aku pun gaji tak besar. Sikit2 boleh la aku topup. Aku tak taulah ape yang dia buat dengan duit dia. Padahal dia duduk seorang diri.

Kalau hal anak-anak dia sangat kedekut dan berkira. Selain tu jugak, dia ni tamak. Suka kumpul duit banyak2 tapi kedekut nak spend.

Hal anak anak semua dia lepas tangan. Ada je alasan dia kalau kami nak minta tolong.Dengan orang lain bukan main pijak semut pun tak mati.

Kalau orang luar minta tolong, dia sanggup hantar jauh jauh. Sedekah bagi duit jangan cakap lah.

Rajin melawat tahfiz2. Tapi hakikatnya hanya tuhan je yang tau macam mana layanan dia terhadap kami.

Pernah satu hari dulu kereta aku major breakdown kat tengah jalan, aku call dia. Nak tau dia kata ape? “Tanggunglah sendiri, Alice bukan tanggungan ayah”.

Betapa remuknya hati aku bila dia kata macam tu. Bukan sekali, tapi 2 kali dia pernah cakap.

Nak cerita terlalu banyak. Hak hak kami banyak dinafikan dan disekat. Boleh dikatakan ayah aku ni selfish dan seorang yang zalim.

Semua keputusan yang dia buat hanya untuk kepentingan diri sendiri.Ibu aku sekarang turun naik mahkamah untuk tuntut harta sepencarian pulak.

And again ayah aku tak nak bagi kerjasama langsung. Di sebalik income ayah aku yang berpuluh ribu tu, ada juga sumbangan ibu aku.

Ibu aku yang dulu ambik loan bank dan tolong bayar hutang dan kini haknya dinafikan. Macam ni lah manusia, bila dah senang jadi sombong, makin kedekut dan tamak.

Ibu aku pula adalah sebaik baik manusia di muka bumi. Dia lah yang selalu memaksa kami untuk berjumpa dengan ayah walaupun hati kami tak ikhlas langsung nak buat.

Rasa sakit sangat bila kita ada sesuatu, tapi sesuatu itu dinafikan oleh seorang yang ada pertalian darah dengan kita.

Nak putuskan hubungan tak boleh sebab dia ibu bapa kita. Ini bukan isu material semata-mata.

Aku juga maksudkan isu hak untuk bersuara, untuk membuat keputusan, untuk dikasihi dan dilayan dengan adil.

Setiap kali aku kenangkan masa lalu dan fikirkan masa depan, aku akan menangis. Menangis kerana perasaan sedih dan benci.

Aku hanya mampu berdoa hari hari supaya Allah berikan balasan dan pengajaran atas kezaliman yang dia dah lakukan. Berdosakah aku berdoa macam ni?

Tapi salah ke apa yang aku buat ni? Lepas apa yang aku lalui, bukan senang untuk memaafkan dan melupakan. Aku pasti, ramai orang di luar sana yg berdilema macam aku jugak.

Sekian, itu sahaja luahan yang mampu aku keluarkan melalui tulisan. Sungguh, aku tak kuat untuk meluahkan melalui kata kata sebab aku hanya akan menangis teresak-esak. Assalamualaikum.