Ayah dah 65 tahun tapi perangai x penah berubah. Nak minta mak buat air pun terpekik maki hamun

Aku Sarah, umur 27 tahun, still single. Ayah aku tahun ni umur 65 sudah 5 tahun pencen. Dari dulu dia ada masalah panas baran, apa yang keluar dari mulut dia tak pernah benda baik babi bodoh pukimak memang antara ayat feveret dia mangsa utamanya semestinya mak aku.

Menginjak umur aku 22 tahun aku mula melawan yelah dulu aku kecik lagi kalau melawan mesti aku pula yang kena maki dan kaki sekarang tidak lagi aku tak bertukar kepada gadis ayu yang tegas gitewwww.

So tanpa buang masa lagi meh lah mula story tentang perangai ayah aku yang buatkan gadis ayu seperti aku pun boleh hilang sabar.

Perangai ayah aku ni kalau dekat rumah dia nak orang layan dia macam raja makan berhidang tangan nak dibasuhkan aku rasa kalau boleh makan pun nak bersuap

Ehh ehh ehh habis perangai macam tu menghambakan anak bini boleh masuk syurga? bolayannn pandai nak judge orang je orang semua salah dia je betul

ehh ehh ehh geram pula kita. So macam mana mukadimah cerita ni ada rasa bengang tak? ada kan mesti ada sure punya so korang boleh bayangkan macam mana kitaorang satu keluarga tahan dengan perangai dia?

Perangai kedua ayah aku ni memang suka memalukan kitaorang satu keluarga, kau bayangkan adik aku yang ketiga tu dia badan sedap sikit adik aku tu perempuan umur 21 tahun ni

bila balik kampung jumpe saudara mara adalah yang cakap ehh besarnya anak kau yang no 3 tu korang tahu apa reply dia?

Dia kata ahah memang gemok macam anak gajah menyusahkan orang je duit habis nak kena bagi dia makan ehh kepala hotak dialah masa tu ramai gila saudara mara masa raya pula tu

padahal dia dah nampak aku ada kat tepi tunggulah sekejap aku bukan the flash yang jalan 1 saat dah sampai depan dia,

dia tak puas hati lagi tu dia menjerit-jerit pula tu woii anak tak guna cepatlah sikit menyusahkan orang je nak kena hantar kau punya ic tak guna ni

Wehhh aku masa tu terkejut gila ramai gila kot student dia memekak-mekak macam tu aku macam jadi kejung dekat situ sebab terkejut dia jadi lagi benganglah hon hon lagi

masa aku baru nak tersedar dari terkejut dia mcam dah hilang sabar dia baling je ic aku wehh dia baling weh.

Perasaan aku masa tu? Sedih wehh menangis aku pergi kutip ic aku jalan pelan-pelan pergi dekat kawan aku meleleh-leheh air mata aku

mana nak makan sama-sama aku rasa mesti dia takut orang tahu perangai tak guna dia tu.

Lepas tu mulut macam makcik bawang dia kata keluarga mak aku ni menyusahkanlah buat anak banyak2 nak masuk sekolah pinjam duit dekat orang

kalau dah tahu tak mampu jangan beranak banyak ehh dia tak sedar ke yang anak tu rezeki? sekarang mungkin dorang susah

nanti anak-anak tulah yang akan bantu mak bapak dia baiki taraf hidup dorang kearah yang lebih baik tak bergitu teman2?

Tapi dia mana fikir mcam tu, makcik aku tu datang bertanya je, mak aku suri rumah dah surelah mana dia ada duit nak bagi pinjam dekat adik dia tu,

memekak suruh buat air padahal beli nescafe 3 in 1 air coway ada dekat rumah tekan jelah jadi air panas susah ke? Nak kena juga mak aku buat.

Haritu aku marahlah dia ayah ni tak reti nak buat air sendiri ke bukan susah pun dia nak lempang aku wehh

dia kata aku anak tak kenang budi kuat melawan sama mak kau ehh aku rasa nak hempuk je dia.

Okay first guys aku tahu buat air tu tak susah pun korang jangan nak judge ehh kenapa kau nak marah mak kau buat air bukan lama pun,

masalahnya sekarang dia jenis tak menyempat nak bende tang-tang tu juga mak aku kekadang tengah lipat baju masa tu lah nak minum airnya

takpayah nak tegur-tegur orang macam tu kau cakaplah apa saje dia juga betulnya. Janji kita sebagai ahli keluarga dah tegur dah jalankan tanggungjawab yang mampu

kita buat berjaya atau tak berjaya itu belakang kira Allah tahu niat kite.

Sejak akhir-akhir ni mak aku macam dah terlalu penat dia macam dah tak boleh nak bertoleransi dengan ayah aku lagi dia selalu cakap mak ni dah tua sampai bile nak kena maki lagi.

Aku sebenarnya dah beli rumah, aku ingat at the worst part aku nak bawa mak aku dan adik-adik aku duduk rumah aku sebab ayah aku memang dah pernah mengungkit nak halau mak aku

sebab dia kata kitaorang ni tak sedar diri menumpang dekat rumah dia. Korang rasa apa yang patut aku buat?