Senyuman mama yang paling Indah selepas selesai urusan mama dan ayah. Mama seperti berlari2 riang di padang yg cantik

Aku Intan. Umur 20. Anak ketiga dari 4 beradik.Ada kakak dua orang yang sudah bekerja dengan pekerjaan yang baik (ada degree dan master).

Aku masih belajar di peringkat diploma. Ada adik seorang di tingkatan 3.
Aku walaupun masih belajar, tapi Allah rezekikan aku dengan bijak berniaga online.

Memang lebih dari cukup untuk perbelanjaan aku.Aku mahu cerita tentang mama aku. Mama berusia 48 tahun. Masih cantik untuk wanita seusianya.

Dia bekerja di bidang profesional dengan gaji yang lumayan. Jika dicampur elaun, hampir mencecah 10k.

Mama cakap, gajinya bukanlah terus besar tiba-tiba macam sekarang. Di awal tahun 1990-an dahulu, gaji mama cumalah seribu lebih.

Ketika kami sudah besar (kakak-kakak sudah bekerja), ayah masih dengan perangainya. Malah makin teruk pula.

Sudah mula memukul bantai mama jika tidak diberi duit. Duit minyak untuk dia pergi ke rumah isteri terbarunya pun diminta dengan mama.

Mama sangat makan hati. Kami tahu mama sayangkan keluarga yang lengkap pada pandangan orang.

Mama takut orang pandang buruk pada keluarga jika bercerai berai lebih-lebih di usia sudah menginjak senja.

Setelah berbincang, mama setuju untuk tuntut fasakh. Kami adik beradik bawa mama buka fail di pejabat peguam, sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bahagi.

Alhamdulillah, kami berlima tidak berenggang. Mama betul-betul dapat melepaskan segala bebanan yang dia tanggung selama berpuluh tahun hidup dengan ayah.

Duit gaji mama tidak perlu lagi bagi kat ayah. Jika sebelum ini, beribu sudah pasti kena transfer ke akaun ayah atas alasan macam-macam yang ayah beri.

Dan mama juga sudah tidak mahu fikir tentang ayah.Mama juga sudah tidak perlu risau dengan perempuan mana ayah tidur,

tidak perlu cemburu setiap kali gambar ayah kahwin lain dikirim orang, tidak perlu sakit hati mengenang kebahagiaan ayah dan perempuan-perempuan lain yang dibina dari airmata mama.

Mama betul-betul sembuh dari kelukaan yang amat parah rupanya. Maha Baik Engkau Ya Allah kerana memberi kekuatan kepada mama kami.

Lagipun, kalau masa kamu kecik dulu, kamu belum hebat seperti sekarang memberi sokongan dan semangat pada mama.

Mama perlukan sokongan anak-anak dalam setiap tindakan. Kalian adalah penguat mama. ”

Para pembaca semua, ketahuilah hidup tanpa manusia toksik adalah pelangi yang benar-benar indah selepas ribut taufan.

Ibarat kata mama “Mama rasa seronoknya hidup mama sekarang, mama bagaikan berlari-lari di padang hijau yang cantik sambil berpusing-pusing ketawa kegirangan.

Lapangnya dada mama, seluas padang hijau yang tiada hujung.” Ya, pilihan untuk hidup lapang, lega, aman, damai dan tenang itu di tangan kita.

Mama, kami semua sayangkan mama. Sangat.