4 tahun aku tinggalkan keluarga sbb study overseas. Bila balik sini macam2 berlaku kat keluarga aku

Assalamualaikum readers semua. Orang panggil aku Minah. Cerita aku ni agak tragis dan aku mohon bantuan daripada semua untuk berikan pandangan apa tindakan yang aku patut buat lepas korang dah baca cerita aku ni.

Aku anak sulung dari lima beradik. Umur aku sekarang 25 tahun. Straight to the point, waktu umur aku 17 tahun,

time tu kan tengah SPM. Waktu esoknya nak exam paper Sejarah, malam tu kantoi bapak aku ada perempuan lain.

Aku tengah selak2 buku nak study time tu lah dengar mak ayah aku bertengkar kat ruang tamu. Suara mak aku meraung2 nangis.

Aku pun cepat2 bawa adik2 aku masuk bilik dan tenangkan dorang bahawa pergaduhan kat ruang tamu tu takde apa2 pon.

tiba2 banyak pulak cerita yang aku baru tahu terjadi selama ketiadaan aku.Pendek cerita, adik2 aku bagitahu rupanya bapak aku selama ni menipu mak aku.

Dia beria menidakkan tuduhan2 mak aku tu tapi hakikatnya dia memang dah kawin dah pun dengan perempuan yang pernah kantoi dulu tu and guess what?!

Bapak aku siap dah ada anak luar nikah dengan perempuan tu! Terduduk menangis aku dengar cerita tu.

Bapak aku ni gaji tak banyak pun. RM2200 je. Zaman kereta terbang sekarang ni mana cukup nak sara hidup dengan gaji banyak tu je. Bayar duit rumah bulan2 RM500.

Bayar kereta lagi RM300. Tambah tolak tinggal berapa sen je untuk perbelanjaan dapur, bayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah.

Sekarang keadaan dia dah ok dan aku terkejut tgk kaki dia dah tempang sebelah dan patah tangan kesan drpd kemalangan teruk tu.

Dan pergerakan dia yang agak terbatas tu menyebabkan dia susah nak cari kerja dan hanya berbekalkan sijil PT3 sebab dulu ayah takde duit nak bagi dia sambung sampai SPM.

Berita terkini dorang kata rumah dah tertunggak tak bayar berapa bulan dah. Bank dah call banyak kali.

Kereta dah rosak2 mintak dibaiki. Jiran2 dah pandang serong dekat my dad sebab ada yang pernah terserempak bapak aku tengah dating dengan betina tu.

Adik aku plak sakit jantung berlubang. Nafkah duit pun dah tak dapat macam biasa. Kadang2 berkurangan jumlahnya. Kesian mak aku. Dia dah la surirumah.

Tapi, kadang2 hadir rasa kesiankan nasib anak2 bila hidup tak berbapa nanti. So, mak aku tahankan juga.

Aku ada terdetik, nak bawa mak aku pergi pejabat agama untuk failkan perceraian. Tapi nanti aku terfikir pulak,

dgn status aku yang belum bekerja and mak aku pulak surirumah so nanti nak makan apa kalau dorang dah bercerai.

So aku nak suruh mak ayah aku supaya kekalkan je hubungan ni sampai bila2. Jangan pernah bercerai walau apa pun terjadi.

Tapi kesian plak dekat mak aku nanti asyik makan hati je dengan perangai bangang bapak aku tu.

Pernah juga terfikir nak bawa mak aku and adik2 balik kampung je duduk dengan nenek aku. Tak perlu fikir pasal bapak aku tu.

Ataupun sebenarnya bapak aku dah terkena sihir guna2 oleh perempuan tu so aku kena bawak ayah aku pergi jumpa ustaz untuk buang sihir tu. Tapi entah la, AKU BUNTU! TOLONG!