Sebagai Ibu jangan serah bulat2 pada suami urusan dengan pengasuh atau guru sekolah. Ambil langkah sebelum terlewat

Ibu ayah sudah mula kembali sibuk dengan hal ehwal persekolahan anak.

Di sini suka untuk aku berkongsi pengalaman ini, agar para wanita di luar sana terutama yang memegang title isteri dan ibu, cakna dan mengambil iktibar daripada kisah yang ingin aku kongsikan.

Pekerjaan aku bergelumang dangan kanak kanak. Kanak2 yang aku handle pula bukan sebarang umur.

Semuanya perlu dibantu dan diurus dengan sepenuh perhatian. Ini kerana mereka sangat kecil, dan belum mahir mengurus diri sendiri.

Pendek kata, akulah pengasuh atau cikgu yang bekerja dengan kanak kanak di dalam tadika/taska.

atau apa sahaja hal ehwal semasa berkaitan tadika/taska anak2 mereka, maka mesej hebahan melalui wasap adalah medium untuk menyampaikannya.

Media sosial seperti wasap ibarat langit terbuka. Mudah untuk kita berhubung sesama kita tanpa mengira di mana kita berada.

Kita boleh berhubung beramai ramai di dalam wasap grup, atau boleh burhubung dgn individu lain secara bersendirian.

Ya, berdua. Bermula dengan pesanan ringkas, memo dan sebagainya, mengikut arahan pentadbir.

aku perlu memberi hebahan kepada semua penjaga di dalam grup ibu bapa. Jadi ibu bapa yang prihatin akan respon kepada arahan yang diberikan.

Sangat berbeza respon yang aku terima. Papa Udin sangat memberi kerjasama yang baik.

Komunikasi aku sebagai cikgu taska Udin dan encik Ismail dalam media wassap pada awalnya berjalan lancar dan professional. Itulah yang sepatutnya.

Tetapi lama kelamaan mesej2 aku dan dia kelihatan semakin mesra. Ini kerana selain berurusan denganku tentang taska, en Ismail juga sangat rajin membalas hantaran pada status wasap yang aku paparkan setiap hari.

Semenjak media wasap sudah boleh di ‘update status’, aku sangat rajin berkongsi gambar selfie, gambar aktiviti keluarga, tak kurang juga rajin berweefie dengan anak anak di tadika/taska.

Dan, aku perasan, acap kali aku update status, terutamanya ketika berada di rumah, dia lah orang pertama yang ‘seen’ status aku. Seolah2 tangannya sentiasa memegang fon 24 jam.

Sekali sekala ada ibu Udin munculkan diri dalam program hari jadi, hari terbuka dan sebagainya..

Walaupun isi chatting aku dan encik ismail di dalam wassap banyak berkisar tentang Udin, jauh di sudut hati ada juga perasaan risau jika perkara tersebut boleh mndatangkan salah faham kepada ibu Udin.

Betapa sekiranya perkara ini berlaku kepada suami aku sekalipun, sudah tentu aku akan berasa syak wasangka kepada suami aku.

Apa ke jadahnya bermesej dan berbalas wasap status cikgu tadika/taska anak aku???

Dan aku sendiri? Jujurnya jauh di sudut hati ada rasa iri apabila melihat wasap status ibu Udin, yang selalu nya akan update gambar2 percutian keluarga mereka,

Sedangkan aku dan suami, tiada apa2 isu pun. Aku bahagia bersuamikan dia. Sangat bertanggungjawab, juga tidak kurang kacaknya..

Pada bulan terakhir Udin di taska, en ismail menyantuni aku. Dibelikan aku hadiah tanda ingatan. Anaknya akan berpindah ke sekolah baharu.

Aku menjalani rutin pekerjaan ku seperti biasa. Aku buang no telefon en ismail di dalam senarai ‘contact’.

Makanya selepas ini dia sudah tidak dapat membaca dan melihat status aku di wasap. Sedikit sebanyak aku merasa lega dengan perasaan sendiri.

Walau rasa sedikit sunyi kerana sudah tiada ‘follower’ setia’ seperti en ismail.Aku lalui rutin kehidupan ku dengan tenang.

Kalau ikut logik akal, aku dan dia sudah tiada apa apa urusan lagi untuk saling berhubung. Urusan sebagai klien sudah tamat sebaik sahaja anaknya berhenti dari tadika tempat aku bekerja.

Sungguh, aku baru merasa lega daripada perasaan bersalah. Rasa bersalah kerana berchatting dengan suami orang atas alasan urusan kerja.

Rasa bersalah dengan suami sendiri kerana seolah menduakan dia dalam diam.

Mujur Allah memberikan aku hidayah. Diberikannya aku peringatan melalui hantaran pesbuk Ustaz Pahrol.

Ia mengingatkan pembaca tentang dosa berchatting dengan lelaki dan wanita yang bukan mahramnya di media sosial. Sebaik mambaca artikel tersebut, berkali kali aku istighfar.

Di taska dan tadika persendirian terutamanya, kebanyakan gadis muda lepasan spm dan universiti yang diambil bekerja sebagai guru dan pengasuh.

Mesti ada rasa curiga. Jangan percaya bulat2 terhadap pasangan. Kita manusia, pasangan kita pun manusia. Kadang kala boleh tersilap langkah. Mesti Ambil kisah.

Aku mengingatkan, kerana aku jua tidak pernah terfikir, bahawa satu hari aku akan terjebak dengan soal hati dan perasaan. Apatah lagi pada umurku di awal 40an.

Benar, kesilapan aku adalah kerana aku melayan. Sepatutnya tidak perlu aku berlebihan melayan mesej yang tidak berkaitan.

Syukur, aku tidak berbawa bawa dengan kelalaian hati.

Sesungguhnya di zaman langit terbuka ini, ia boleh membawa kepada pintu pintu kecurangan.

Sekian.