Bercinta selepas abis belajar. Ku sangka dia pertama dan terakir namun aku digantung sepi dan akhirnya begini pula

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Amaran keras, kemungkinan karangan ini panjang dan bosan. Sebab aku tak reti nak karang pendek-pendek.

Korang nak baca boleh, tak nak baca pun boleh. Tapi aku nak korang baca juga sebab aku saja nak baca nasihat serta kecaman yang aku bakal terima.

Eh, terima kasih ye admin kerana sudi menyiarkan kisah tak seberapa aku ni.Aku perkenalkan diriku serba ringkas. Nama aku R.A, berumur 20-an.

Berasal dari negeri (P). Tinggal dengan keluarga abang aku yang dah berkahwin. Dan juga seorang yatim piatu. Aku seorang yang heartless pada mulanya.

Tak percayakan lelaki, tapi tak bermakna aku percaya kan perempuan. Aku tak ramai kawan lelaki, boleh dibilang la kawan sekolah berapa kerat, kawan kolej lagi la.

Okaylah, macam tak ringkas je kisah kat atas tu, kita start okay.

Kisahnya begini ya, aku mula berkenalan dengan A (bukan nama sebenar) pada tahun 2017. Tahun tersebut aku sudah habis belajar dan bekerja ya,

jadi aku dah bersedia sikit nak ada pasangan. Aku bukan nak cari pasangan untuk bodo-bodo, untuk mengisi masa lapang, tidak. Aku nak terus cari jodoh untuk future aku. Cewahh.

Jadi, aku kenal A dari salah satu media social. Rupanya dia duduk satu bandar je dengan aku. Tapi dia bekerja je kat situ, asal negeri lain.

Kami pun berchatting je hari hari. A layan aku dengan baik. Pada suatu hari, dia luahkan isi hati dia untuk berkahwin dengan aku sebab dia dah jatuh sayang kat aku.

tapi nak berkawan sampai nikah. Insya Allah. Dan aku pun tak mengedik dengan lelaki lain. Aku cuba nak fokus pada A seorang.

Dalam tempoh perkenalan tu aku akui, A seorang lelaki yang baik, menjaga solat, percakapan, dia tak pernah marah, aku je cuba buat dia marah, tapi hampeh.

Bila tanya kenapa tak nak marah, katanya dia susah nak marah dengan orang yang dia sayang. POYO.

Tapi lama-lama, aku pun mula sayang, sayang je, bukan cinta yek. Cinta tu aku nak lepas nikah.

Tapi tulah satu je kurang berkenan dengan A, dia merokok. Aku punyalah pulun cakap dengan kawan-kawan dulu.

Baru abang sorang ni la aku bawa jumpa. Yang lain belum lagi. Sebab duduk jauh sikit.Abang aku dengan adik beradik yang lain tau hubungan kami.

A ada cakap pasal kahwin. Tunggu dia tamat latihan dan kerja lepas tu nak nikah. Abang aku restu je dengan hubungan kami. Jadi takda masalah lah.

Jadi ku pun setia menunggu A selama dia dalam sesi latihan. Seminggu 2-3 kali dia akan menelefon aku.

Time ni aku memang dah makin sayang dengan dia. Semua indah-indah belaka. Hari-hari rindu tunggu dia call. Huhu. Time hati bermunga-munga.

Tahun 2019, A dah selamat menjalani tamat latihan dan mula berkerja sebagai anggota badan beruniform. Dapat posting pun dekat, perjalanan dalam 2jam gitu.

Pada mulanya A memang serious nak kahwin dengan aku. Dia buat pinjaman untuk langsaikan hutang kereta dengan moto besar (moto besar tu bukan dia punya,

tapi nama dia jadi guarantor untuk kawan dia. Sudahnya, kawan dengan motor tu lesap tak berbayar. Tak guna punya kawan). Sekali duit kahwin serta barang-barang rumah.

Aku keberatan nak setuju dengan pinjam tu, kalau boleh tak mau buat pinjaman, tak apa lah kahwin lambat tapi tak berhutang. Nanti dia juga yang susah.

Tapi dah dia kata, kalau tak buat pinjaman, bila nak kawin? Duit simpanan dia dah habis untuk persiapan masuk latihan dulu. Bayar kereta 6bulan terus.

Memang tak tinggal apa lah. Dia target nak kahwin dengan aku tahun 2020 ni. Wuhuuu. Syonok shangat. *rolling eyes

Tak apa lah, tak kisah semua tu. Tapi yang aku kisah cara dia layan whatsapp. BORING. Dulu tak ada la seboring ni weh.

Borak macam orang tak ada perasaan. Tak pe sabar lagi. janji dia tak buat bukan-bukan belakang aku.

Sekarang makin menjadi-jadi boring dia. Reply pendek-pendek, whatsapp tak ada isi penting pun. Kami whatsapp memang tak ada bersayang, I love u bagai.

Macam biasa je. Balik-balik tanya soalan yang sama. “buat apa tu?” “dah makan ke?” dok ulang la. lepas 30min tanya soalan yang sama. tak ada topik.

Aku yang nak naik hangin. Selalu tak ada mood nak borak, sebab macam tak dilayan. Aku pun nak jadi seorang yang boring juga.

Minggu lepas aku dah putuskan semua hubungan aku dengan dia. Ni kali kedua aku tanya untuk putus. Kali pertama 3 minggu lepas. Dia tak nak lepaskan aku.

Dia kata dia sayang lagi. Banyak kali maaf dia minta. Dan aku pun akur. Aku lupakan kisah lama.

Hari berganti hari, perangai A tetap sama. Hanya tau minta maaf, tapi tak ada perubahan. Korang, bukan masalah reply pendek,

dengan layanan dia punca aku nak putus. Bukan ye. Puncanya aku tanya A, aku tanya, apa yang dia nak dalam hidup dia?

Ni pun aku tanya sebab aku rasa aku macam tak ada function dalam hidup dia dah. Betul ke dia nak aku ni? Bila dia nak, dia whatsapp aku, bila tak nak, dia tinggalkan aku tanpa sebab.

Bukan tak pernah tanya, dia kata tak ada apa-apa. Aku tak rasa punca masalah orang ketiga. Dia ni anti social sikit.

Kali kedua aku tanya untuk putus sebab seminggu sebelum tu dia hilangkan diri, langsung tak whatsapp aku. Jadi, aku dah hilang sabar, aku whatsapp.

Aku nak jawapan malam ni juga. Kalau dah tak nak lepaskan aku. Jangan buat aku macam sampah lagi.

Kalau sebelum ni kami planning lepas nikah nak PJJ kejap, sebab, aku kerja kat kawasan aku, dia bertugas di tempat lain. Dia setuju.

Aku kata, “”Macam ni nak PJJ lepas nikah? belum nikah pun dah macam-macam hal. buat bercerai je nanti””

Dia kata, “”Tula, saya tak nak jadi macam tu””

Pffttt…

Aku bukan nak kata aku 100% aku tak salah, dan bukan semua salah A. Macam kawan aku cakap, lack of communication.

Komunikasi tu penting, tapi kalau dapat pasangan macam A ni tak jadi apa juga. Macam aku cakap, aku tanya,

aku tanya masalah dia. Itu jelah dia balas, Takde apa apa. Lantak kau lah. aku nak tolong apa pun tak oleh.

Apa yang kita impikan tak semestinya kita dapat. Walaupun kita dah dapat, tak semestinya ia kekal dengan kita.

Aku harapkan perkenalan aku dengan A adalah yang pertama dan yang terakhir. Rupanya tidak. Dia bukan jodoh aku.

Mohon doakan aku untuk terus kuat dari sebelum ni dan mulakan kisah baru dengan tahun baru 2020. yeayyyy!

Akhir kata, aku tak nak cakap apa-apa. Dah penat.