Aku hodoh, gelap, ada parut jerawat, eye back yg teruk dan ada eczema. Berbeza pulak dgn adik beradik aku yg lain

Assalamualaikum, pada saat ini juga lah aku tak dapat nak tahan sebak dan sedih dalam dada kerana ramai orang mencaci fizikal aku.

Nama aku N, berumur 21 tahun,seorang penuntut di salah sebuah IPTA di semenanjung Malaysia. Aku ialah anak ketiga daripada lima, ada dua orang kakak, seorang adik lelaki dan adik perempuan.

dark circle dan kadang kadang kulit aku ni menggelupas (bukan ni je masalah aku).

Aku tak tau kenapa aku sorang je yang ada kulit macam ni dalam adik beradik aku. Kakak, adik aku semua kulit cerah normal je, ok je. Kakak aku tak ada skincare routine pon.

Guna cleanser je. Sunscreen pon dia tak pakai. Adik aku pon sama. Tapi aku? Toner, moisturizer, sunscreen semua aku pakai tapi kulit tak elok jgk.

Tapi, jerawat kat muka aku tak banyak setakat ini, tiny bumps ada. Dulu pernah time stress spm, banyak jugalah tapi sekarang dah tak banyak sangat.

Tapi aku ada jerawat badan dan parut tu memang jelas kelihatan dekat badan aku. Aku rasa mesti ada sesetengah pembaca yang cakap, ‘masalah kecik je ni’.

Kekadang aku nak je gigit tempat gatal tu, nak je garu dgn benda benda tajam asalkan rasa gatal tu hilang.

Mula mula, kulit kering meradang merah merah, pastu gatal, garu then jadi kudis. Last, jadi parut.

Dan yes aku ada banyak parut di kaki, terlampau banyak. Parut hitam dan parut ni susah nak hilang.

Aku dah cuba produk yang dikatakan boleh menghilangkan parut; Bio oil, Rosken moisturizer,etc.

Tapi semua tak jadi. Aku murung dan ni adalah salah satu penyebab aku rasa rendah diri yang teramat sangat.

Bila dah masuk sekolah menengah, dah matang sikit, baru aku pikir kenapa kulit kaki diorang tak macam aku..

Aku perasan kawan kawan aku tengok semacam je dekat aku.. tengok dengan rasa jijik dengan parut aku..

Start daripada situ, aku rasa tak selesa. Bila aku search pasal masalah aku, baru la aku tahu aku ada eczema. Aku pernah bagi tau mak aku nak jumpa doktor pakar kulit, doktor lelaki.

Bila aku jumpa doktor tu, selak je kaki seluar, dia macam terkejut. Aku dah cakap elok elok yang aku nak parut aku hilang. Korang tau respon dia macam mana?

‘Parut awak ni lambaaaat lagi nak hilang. Sape suruh garu? Hah, garu lah lagi biar sampai ada banyak corak dekat kaki tu, nanti tunjuk dekat mak mertua.

Ada satu kali tu, aku dgn family pergi ke rumah mak sedara aku sebab sepupu aku dari Johor balik.

Dah lama tak jumpa kan.. so, pergi nak bertanya khabar la.. time tu, aku pakai seluar, nak duduk atas sofa.. tak tau macam mana seluar aku terselak.

Ada mak sedara aku yang balik dari KL ternampak parut parut aku.. dia pon ‘ehh, banyak je parut, teruknyaa..

tak de orang nak la nanti’. Suara dia.. uishhh.. boleh tahan kuat.. aku tak tau nak senyum ke nak gelak ke… aku diam je sambil mata tengok lantai.. yang lain semua gelakkan aku.

Cara dia cakap memang bukan cara orang nak bergurau k. Macam mana aku tak rasa down bila benda benda macam ni jadi dekat aku..

Aku dah dapat agak benda ni akan jadi sebab cara dia layan aku sebelum adik beradik aku datang sangat lain.

Tak senyum, muka ketat je… senang citer, muka tak nak layan aku. Tapi bila adik beradik aku datang, eh boleh pulak senyum nampak gigi.. tersengih je..

Masa aku otw keluar kedai, aku perhati pekerja dia, cantik cantik.. patutla aku dihina. Dia hanya tengok muka aku je, tak tengok lagi bahagian badan aku yang lain.

Aku mengaku aku hati tisu sebab benda macam ni kerap kali terjadi dalam hidup aku, dari kecik sampai besar.

Satu cara nak hilangkan rasa sedih ni adalah dengan menangis je. Tu je aku mampu buat. Ada banyak lagi peristiwa yang jadi..

Kalau aku citer semua, confession ni akan jadi tersangat panjang.

kalau pilih kasut pon nak yang lawa, tu nak pakai kat kaki..apatah lagi yang nak letak dekat hati’.

Part yang paling aku takut dan malu ialah bila aku mati nanti. Bila jenazah aku dimandikan, aku tak nak orang tengok kulit aku.

Air mata aku mengalir laju setiap kali terbayang benda ni. Masa hidup pon, aku kena kata macam macam.

Kalau mati nanti, macam mana… aku tak nak cerita pasal badan aku yang berparut ni tersebar.

Aku banyak kali nangis fikirkan masalah kulit aku. Bagi aku, isu berkaitan kulit ni sangat sensitif, sebab tu aku nangis.. Dan aku jenis susah nak berhenti nangis.

Korang, aku nangis sorang sorang, aku tak bagi tau keluarga aku, kawan ataupon sape sape.Tapi, aku masih bersyukur kerana mungkin nasib aku tak seteruk nasib orang lain.

Aku pernah terpikir nak buat rawatan kulit dkt aesthetic clinic tapi kewangan menjadi penghalang. Kebanyakan kos untuk rawatan kulit memang tinggi.

Mahal mencecah ratusan ringgit. Macam yang dah disebut, aku student, banyak pakai duit dan kalau boleh, aku tak nak susahkan mak ayah sebab keluarga aku keluarga yang sederhana je.

Tapi dalam masa yang sama, aku nakkan perubahan dalam diri aku, aku nak kulit yang sihat..

Aku nak ada self-confidence yang tinggi, aku tak nak nangis lagi, aku nak happy, tolong aku.

Ada apa apa cadangan/ pendapat/ nasihat ? Aku harap korang komen guna bahasa yang baik, ok? Bantu aku untuk jadi seseorang yang baru pada tahun 2020. Terima kasih.