Kehidupkan aku sebelum kawin sangatlah berdikari. Selepas kahwin 100% berubah. Aku dah tak boleh drive

Assalamualaikum semua. Hi it’s me again. Jasa anda sangat-sangat dihargai. Dan terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi nasihat dan mengingatkan. Alhamdulillah syukur.

Aku baca semua komen korang sambil senyum dan gelak. Boleh tahan kuat mengusik korang ni kan.

Sebelum aku cerita jawapan-jawapan suami aku, aku nak betulkan tanggapan sesetengah kawan yang komen pasal aku tak bersyukur.

Takpe, aku tak marah mahupun terasa hati mahupun berkecil hati. Kita manusia biasa yang sentiasa ada prasangka.

Korang pun tak berada ditempat aku jadi mungkin korang tak faham situasi aku. Aku bukan tak bersyukur, guys.

Aku sangat-sangat bersyukur. Setiap kali lepas solat, dalam doa aku, aku ucap terima kasih pada Allah sebab mengurniakan aku suami yang baik.

Setiap hari aku berdoa agar dikurniakan syurga untuk dia diatas sikapnya yang baik, yang penyabar,

Parents aku bercerai dan mak aku sebagai wanita yang berkerjaya, selalu sangat travelling.

Lepas bercerai, mak aku bawak kitorang pindah jauh dari tempat asal, jauh dari keluarga terdekat. Aku pulak anak sulung dari 4 adik beradik.

Jadi, semua benda aku dah biasa buat sorang-sorang. Aku uruskan hampir segala hal untuk keluarga aku.

Masa tu mak ada ambik pemandu dari Indonesia kerja dengan kami, tapi dia cuma kemas rumah dan cuci/sidai baju.

Mak aku tak bagi pembantu rumah masak, lipat baju dan uruskan adik-adik aku, so aku lah yang buat semua tu bila mak aku takde.

Kadang-kadang pernah jugak terfikir nak naik grab je lagi-lagi bila aku penat, tapi memang aku tak berani lah nak ingkar.

Dibuatnya apa-apa jadi masa tengah naik grab tu? Dah kantoi. Aku taknak dia hilang kepercayaan kat aku.

Elok-elok dia bagi aku lepak dengan kawan-kawan 2 kali sebulan, terus dia bagi perintah berkurung kat aku nanti.

Tak kurang juga yang nasihat supaya aku menikmati saat dilayan seperti puteri, dah kena layan macam puteri pun nak complain lagi.

Kalau tak bersyukur, ramai lagi yang nak dibelai dimanja, ramai yang sanggup bermadu dan sebagainya.

Jarang ada yang selamat kalau kapal terbang terhempas katanya. Kalau naik kereta pastu accident, ada possibility salah seorang selamat.

Dan yang paling dia takut ialah dia yang selamat, dan aku yang pergi.

Dia akan cuba sedaya upaya untuk kurangkan risiko. Aku hanya diam je bila dia cakap macam ni. Tak tau nak cakap apa.

2. Mengandung dan beranak pun ada risiko kematian sebab komplikasi.

Jawapan suami aku: itu adalah kematian yang mulia, yang husnul khatimah. Dan dia akan pastikan dia sentiasa ada disisi aku sepanjang proses melahirkan dan sepanjang aku dihospital.

Sepanjang makan tu dia tak bercakap pun dengan aku. Aku pun blur tak tau nak buat apa sebab tak pernah dia merajuk lama macam tu hahahaha.

Sekarang dah okay lah hehehe. Tapi takde lagi sambungan berbincang tentang nak jumpa pakar.

Aku taknak cakap pasal train terkeluar dari landasan/terbalik macam yang korang cakap tu. Sebab takut nanti dia tak bagi aku naik train pulak dah.

Dan aku sangat-sangat berdoa takde langsung kes train accident kat Malaysia ni. Kalau ada, confirm lah masuk berita.

Mesti dia tak bagi aku naik train dah lepas tu. Mesti dia suruh aku berhenti kerja sebab kalau dia outstation siapa nak hantar aku ? Aku tak sanggup berhenti kerja huwaaa.

maid tu masih bekerja secara harian. Lepas tu aku cakap dekat dia tak perlu dah ambik maid harian. Biar aku je yang buat kerja rumah.

Tapi lepas dia nampak aku sapu tangga dan dia boleh pulak fikir pasal aku boleh tergolek, terus dia tak bagi langsung dah. Dia kata biar dia maid harian yang buat.

Tapi, aku cakap biar maid datang seminggu sekali je lah. Takde keperluan pun untuk kemas rumah hari-hari.

Kalau setakat sapu/lap sikit-sikit, aku boleh buat. Dia setuju dengan syarat aku tak sapu tangga hahahaha.

Insha Allah kalau suami aku dah setuju untuk jumpa pakar.Bye