Aku berkahwin dengan duda. Aku dilayan seperti permaisuri, tidak dibenarkan melakukan apa-apa kerja di dalam rumah

Assalamualaikum admin dan pembaca. Umur aku 29 tahun. Sudah 2 tahun berkahwin. Suami aku sekarang 31 tahun. Kami belum merancang untuk mempunyai anak kerana aku mahu menamatkan pengajian Master aku dahulu.

Buat pengetahuan semua, sebelum kami kahwin, suamiku ialah duda muda. Dia menikah dengan isteri pertama ketika berumur 22 tahun.

Pernikahan yang hanya berusia 2 tahun setengah. Tidak punya anak kerana masing-masing masih belajar.

Sudah ajal, isteri pertama meninggal dunia didalam kemalangan jalan raya.

Suami aku ni memang kacak orang nya, baik, tak pernah marah dengan aku ataupun sesiapa. Sepanjang aku kenal dia aku tak pernah tengok dia marah lah senang cerita.

Soft-spoken, rajin, pandai masak. Woww almost perfect lah kan. Idaman para wanita. Cuma satu je lah perangai suami aku ni yang agak merimaskan.

Dia sangat paranoid. Paranoid dia level infinity tau korang.

Dia jadi macam tu disebabkan kehilangan isteri pertama dia. Dia kata dia taknak kehilangan aku disebabkan segala jenis kes-kes kemalangan ni. Bukan kemalangan jalan raya saja ye.

Selepas kahwin kami terus duduk sendiri di rumah suami aku. Memang lengkap segala keperluan.

Rumah dia pulak pakai aircond je sebab husband aku tak suka pakai kipas. Bila dia bukak tingkap,

aircond wajib tutup. So kalau hari panas, berpeluh-peluh lah aku macam orang potong bawang sambil marathon.

Itulah permulaan stress aku sebab aku memang suka memasak. Tapi stress tu sekejap je sebab lepas tu aku berjaya pujuk suami aku beli dapur induction tu, yang pakai elektrik je.

Aku cakap kat dia takdelah risiko gas meletup lagi. Itupun dia sempat lagi google ada ke tak risiko terkena renjatan elektrik ketika memasak menggunakan dapur induction. Aku cuma mampu berhuhuhu je la.

Tak lama lepas tu tiba-tiba dia setuju pulak. Agaknya dia tak jumpa kot risiko renjatan elektrik, hahaha.

Dia kata bahaya boleh tergolek. Aku hanya mampu tepuk dahi. Dia upah maid secara mingguan untuk kemas rumah.

Apa lagi? Haaa kalau nak beriadah, nak jogging, hiking, join marathon ke mesti dengan dia.

Yang tu takpelah kan. Lagi syok exercise dengan suami. Tapi kalau dia outstation ke apa, kalau seminggu, seminggu la aku tak exercise.

Dia takut kalau aku jog sorang-sorang tetiba heart attack ke, nanti takde orang tolong dan tak sempat selamatkan aku. Huhu macam mana tu guys ?

Aku ada pergi buat check up, semuanya ok. Tapi husband aku cakap ‘we never know’. Baiklah encik suami. Saya menurut perintah.

Baru-baru ni aku ada company event, so dah beli baju memang glamour punya lah. Tetiba husband aku kena travelling pulak hari yang aku ada event tu.

Korang bayangkan pakai dress glamour2 naik train? Kena tukar train pulak tu. Dalam train,

masa jalan untuk pergi ke train interchange, masa tengah tunggu train semua orang pandang aku atas bawah macam ‘minah ni nak pegi mana la dengan dress lip lap lip lap dia ni’. Sabar je lah aku masa tu.

Balik rumah call husband nak mengadu domba, dia gelakkan aku je huhuh. ‘Sabarlah ye sayang.

Sampai ke tua pun abang macam tu. Abang taknak hilang sayang.’ Itulah ayat penyejuk hati sikit lah. Tazkirah ajal maut di tangan Allah? Dah puas guys! Tak makan saman.

Aku bahagia je dengan dia. Dia sangat penyayang. Tapi tu lah. Over protective pulak.

Paranoid ni kira trauma ke? Ada ke rawatan doktor untuk orang paranoid ni? Tolong aku ye kawan-kawan.

Thank you in advance