Suami suka menghina saya tak kira tempat. Pernah ugut nk ceraikan saya sbb kata saya derhaka pada ummi dia

Saya Anis, berumur 28 tahun, tahun ni.

Tujuan saya menulis kerana ingin mendapatkan nasihat & pandangan kalian tentang keadaan rumah tangga saya memandangkan ini adalah ruangan yang anonymous,

tiada siapa tau saya siapa. Saya tak tahu dengan siapa sesuai untuk luahkan, pada masa yang sama saya tidak mahu ada aib yang terbuka.

Ia berkenaan saya & suami. Kami baru berkahwin selama setahun 5 bulan. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka,

bercinta selama 4 tahun dan kahwin. Dikurniakan seorang anak yang comel & sihat berumur 7 bulan.

Ada satu masa saya bercerita kepada suami tentang uminya hanya memberikan buaian portable anak kami tanpa barang yang cukup (nut screw hilang) masa mengemas untuk balik.

Tanpa nut screw memang tak boleh pasang. Suami saya terasa sangat.

Dia marah saya dan mengatakan saya perempuan teruk kerana burukkan uminya. Sampaikan dia tidak mahu tidur sekatil dengan saya selama 2hari masa kami berjumpa.

Malam itu saya menangis dalam diam. Saya sudahlah rindukannya, sudah lama tak jumpa, bila jumpa jadi macam tu.

Satu lagi pernah saya bercerita dengan adik beradik saya diwhatapps private perihal uminya yang terlalu percaya ubat tradisional/produk berasaskan sunnah sehingga sanggup habis beratus duit.

Saya tidak berkira dan saya faham kerana dia tinggal disitu dan mereka memerlukannya.Sedangkan rumah sewa saya, saya yang beli barang2 rumah macam mesin basuh, fridge, katil, tv & macam2 lagi guna duit saya.

Saya tak berkira sebab saya faham gaji saya lebih besar dan saya suka barang yang elok. Tapi sikit2 ada jugak terasa. Sebab barang rumah saya yang beli.

Pernah 2 tahun lepas dia sudah dapat bonus, tapi dia tak cerita dengan saya, saya dapat tahupun sebab dia tengah belek2 barang dekat lazada untuk diberi pada uminya.

Jujurnya walaupun saya berduit, saya terasa jugaklah kerana dia tak cerita dengan saya. Tahun lepas juga dia dapat bonus,

beriya iya carikan katil king & tilam mahal untuk uminya. Dalam hati saya, untuk saya tak ada ke? Apa2 barang pun okay kan.

4. Suka menghina tak kira tempat. Dia suka keluarkan ayat2 yang memalukan saya. Banyak kali jadi.

Contoh di tempat awam macam shopping mall “kau kan isteri derhaka sebab selalu burukkan mak aku”.

Bila saya cakap “jangan la cakap macm tu, saya malu la”. Dengan harapan dia akan sedar itu tempat awam dan tak teruskan.

Dia akan balas “ah kau, dah kau memang macam tu, isteri derhaka”.Jadi saya ambik inisiatif untuk diam kalau dia dah mula menghina supaya tak terus dimalukan.

Kutuk saya gemuk & hitam dah selalu. Ade “kau memang bodoh pun” “kau selalu menyusahkan orang” Biasa saya akan senyum je.

Tapi kadang2 tak kena tempat hinaannya, itu yang saya terasa. Suara kuat lagi. Btw, saya overweight dan berkulit hitam manis.

Pasal kerja saya, saya ada minta tukar tapi belum dapat. Saya mungkin perlu bertahan dalam 7bulan atau lebih sebelum dapat tukar. Harap dipermudahkan.

Sebelum kahwin kami bercinta dalam 4 tahun lebih. Masa bercinta semua nampak okay. Buat silap, kita merajuk terus mintak maaf. Tak ada tengking kata isteri derhaka ke. Saya pun belum kenal keluarga mertua kan.

Kebaikan dia pulak, dia ayah yang baik. Selalu bangun malam buat susu, tukar lampin. Mampu jaga anak kami seharian dengan baik.

Selalu pastikan saya cukup makan kalau kami berjumpa. Cuba dapatkan apa yang saya nak/mintak.

Dia bayar rumah sewa, bil air dan elektrik, barang baby mcm pampers, susu & etc. Saya tambah mana yang kurang. Biasanya cukup.

Apa yang perlu saya buat untuk mendapatkan rumah tangga yang lebih bahagia?Mungkin ada tips dari orang yang berpengalaman dengan suami yang macam saya ceritakan ni.

Saya pun baru setahun jagung. Saya buntu & risau. Tak tahu masa depan kami macam mana..